Assalamualaikum
Hai Semua.
Dah malam baru sempat update blog. Rasa sedikit letih mental fizikal akibat sedikit ujian di pagi hari. Motor kami salami kerosakan bearing tayar depan pecah sebab terlanggar lubang. Tayar skuter dah la kecil. Tu yang rosak kot?
Sebenarnya, Ahad lepas(kelmarin) incek suami ada membeli daun maman semasa kami dalam perjalanan balik rumah dari Segamat melawat ayah bonda di kampung. Dia beli 3 kilo konon nak buat stok rendang sebab dia suka makan rendang ayam campur maman. Penjual tu kata 3 kilo tu boleh campur dengan 2 ekor ayam.
Bila kita balik kampung, memang takda beli stok lauk la sebab biasanya membeli pada hari Sabtu. Nak buat semalam incek suami ke office tak sempat beli ayam. Pagi tadi selepas dia hantar anak ke KAFA terus dia ke Pasar Basah di Serdang nak beli ayam kot di sana boleh sembelih sendiri tapi takda. Yang ada cuma ayam yang dah siap disembelih.
Bila dia balik dengan kehampaan LM pelawa ajak ke pasar pudu cari ayam tempat biasa kami cari setiap minggu. Di sana memang boleh sembelih sendiri. Semasa nak gerak tu hari nampak dah mendung, sempat la incek suami capai baju hujan bawa sekali
Nak masuk highway ada bunyi sedikit pada tayar motor. Kami ingatkan sebab kurang angin tapi bila check okey Je. Bila dah masuk highway bunyi tayar semakin kuat. Try bawa laju biar boleh ke bengkel tapi bunyi sangat kuat sampai jadi takut nak bawa laju. Beberapa kali juga kami berhenti tepi jalan.
Sampai je bengkel terus hujan lebat mencurah - curah.
3 Comments
Alhamdulillah selamat dan dipermudahkan 🤲
ReplyDeleteTak pernah makan rendang ayam daun maman ni tapi selalu dengar org dok cerita. Arwah Mak PH dulu daun maman ni buat jeruk then makan sbg ulam
alhamdulillah. moga yg baik2 ajer utk LM dan kita semua.aamiin
ReplyDeletemungkin sebab terlanggar lubang tu lah...tapi, memang bahaya pun kalau terlanggar lubang, selagi boleh elak, memang kena elak
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com