BUNGA ORKID

 

Assalamualaikum. 

Salam Jumaat. Ada peminat bunga orkid di sini. LM minat tapi tak pandai jaga. Pokok orkid ni incek suami beli masa nak raya haritu buat hiasan di gazebo. Selepas tu kami alih ke bawah pokok rambutan biar teduh dan mudah LM nak siram. 

Disebabkan tak pandai jaga dan tak rajin membaja, dia jarang berbunga. Alhamdulillah dia mula berbunga semula dua pasu tapi yang 1 tu belum kembang lagi bunganya. Lagi 2 pasu kena usaha lebih bagi dia berbunga kot? Kurang belaian kasih sayang agaknya.


Bunga orkid perlu matahari banyak ke tidak ye? 

Post a Comment

0 Comments