Assalamualaikum
Pagi semua.
Harini LM masak nasi goreng untuk sarapan dan bekal anak-anak. Kakak bawa ke. Office, Aish dan Syahim seperti biasa bawa ke KAFA. Syafiq pula pagi ni ada latihan Ragbi.
Nasi goreng pagi ni adalah permintaan si bongsu. Dia kata nak nasi goreng putih. Malangnya semasa kisar bahan, LM tercampur cili merah dalam bahan dan jadi lah nasi goreng oren.
Harap Aish tak kisah dan tak hampa semasa buka bekalan. Dia tak mahu sarapan sebelum ke sekolah tadi, busy siapkan latihan KUMON sebab malam tadi dia tidur awal. Esok ada KUMON seeloknya hari semalam perlu siapkan agar harini tak kelam kabut. Itu nasihat ummi pada 2 hero kecil tu tapi kalau tak sempat, buat saja lah harini.
Kisah Nasi goreng putih, biasanya LM guna 2 3 biji cili api hijau tapi harini terlupa terus saja campak cili merah 1 dan cili api 2 konon biar nasi goreng tak pedas untuk si kecil tu.
Nasi goreng simple, tak ada ayam udang pun. Anak lebih suka macam ni saja.
Korang sarapan apa tu?
7 Comments
Mz mkn sardin roll pg ni.save perut utk lunch kat impiana lps setel my slot..which will start at 10.45am nanti
ReplyDeleteNasi goreng ni tak kisahlah apa versinya kan, sedap sokmo :)
ReplyDeletealhamdulillah..air tangan mak mesti la sedapp
ReplyDeleteSedap ni nasi goreng ni. Pagi tadi makan wraps sebab ada filling ayam yang buat kelmarin :)
ReplyDeleteMemang selalu sarapan nasi goreng sebab selalu nasi putih tak habis
ReplyDeletesedap dah tu LM , alhamdulillah
ReplyDeleteTapi dari penampakan sedaap kak. Pasti suka si adik ☺️. Saya memang tak sarapan. Krn intermitten fasting. Baru bisa makan jam 12 siang nanti. Cuma di pagi hari saya selalunya minum kombucha utk support healthy gut atau cuka apel dalam 300 ml air hangat.
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com