Assalamualaikum.

Ada peminat kedondong di sini? Pokok kedondong saya ni dah mula meninggi dan berbuah lebat. Alhamdulillah dia berbuah sentiasa tak pernah berhenti. Biasanya saya suka makan begitu sahaja, tak suka buat air sebab bau dia tu macam kuat tak kena selera. Kalau makan begitu saja okey pula hidung ni. Hehe.


Dah dua kali si kakak angkut bawa ke office makan bersama kawan kawan. Ni ada lagi tak tahu nak buat apa. Mana yang muda boleh buat jeruk Asam boy boleh belah dua, kalau dah banyak sabut keras la pula. Tak mampu tangan saya nak berkuat belah buah yang bersabut tu.


Kalau kalian buat apa ye buah kedondong ni.ada orang buat pejeri kalau tak silap saya.