Assalamualaikum.
Ada peminat kedondong di sini? Pokok kedondong saya ni dah mula meninggi dan berbuah lebat. Alhamdulillah dia berbuah sentiasa tak pernah berhenti. Biasanya saya suka makan begitu sahaja, tak suka buat air sebab bau dia tu macam kuat tak kena selera. Kalau makan begitu saja okey pula hidung ni. Hehe.
Dah dua kali si kakak angkut bawa ke office makan bersama kawan kawan. Ni ada lagi tak tahu nak buat apa. Mana yang muda boleh buat jeruk Asam boy boleh belah dua, kalau dah banyak sabut keras la pula. Tak mampu tangan saya nak berkuat belah buah yang bersabut tu.
Kalau kalian buat apa ye buah kedondong ni.ada orang buat pejeri kalau tak silap saya.
5 Comments
PH pernah buat pajeri, sedap juga bagi org Utara macam kami ni :)
ReplyDeleteCicah dgn kuah rojak pun sedap 👍🏻
Suka air kedondong asam boi & jeruk kedondong. Sedapnya.
ReplyDeletedulu2 kat umah my mom kat kg, ada tanam pokok ni dan selalu berbuah lebat..i tak mkn la tapinya..biasanya my mom bagi kat saper2 yg datang rumah jer
ReplyDeleteKalo di sini biasa utk rujak kak. Tp saya pernah makan di restoran Sunda, kedondong biasa mereka buat jus. Tp tak ada Bau. Dan sedap sangat, apalagi ditambah juga dengan kiamboy.
ReplyDeletekalau jeruk kedondong MA makan jugak dulu.. kalau yg fresh mcm ni....emmm...masammm
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.