Assalamualaikum.
Salam Jumaat buat semua.
Semalam LM dengar kisah seorang kanak-kanak kritikal kerana tercekik setelah makan gula -gula gummy mata setelah LM buat satu posting di FB tentang kisah Aish yang bawa balik gula gula ni ke rumah. Kawan dia beri,tapi dia tak makan sebab takda tanda halal dan dia tunjuk pada LM. Ramai kawan Facebook share kisah adik ni tercekik buat LM terkejut dan jadi berdebar sebab kalau Aish terus makan di sekolah apa akan jadi kepada Aish?
Ni gambar gula- gula gummy yang Aish bawa balik ke rumah tu. LM sempat snap gambar sebelum Aish buang sebab nak maklumkan kepada guru kelas tentang gula-gula ni.
Mangsa, Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin, 10, yang kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal atau “gummy” di sekolah pada hari Selasa lepas, dikhabarkan telah meninggal dunia kira-kira jam 11 malam tadi(Khamis)
Salam Takziah kepada seluruh keluarga mangsa.
Buat ibu bapa semua, tolong pantau apa anak- anak kita beli dan makan. LM perasan makanan ringan yang dijual sekarang ni takda tanda halal dan nampak pelik pelik. Semoga Allah lindungi sentiasa anak-anak kita semua ketika berada luar pemantauan kita.
LM Masih lagi terkejut. Mujur lah memang selalu pesan, jangan makan sebarangan. Tunjuk pada ummi dulu sebab Aish ada Asthma. Kalau Salah makan nanti masuk hospital susah. Tu je ayat LM selalu ulang bila dia nak ke sekolah.
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com