Assalamualaikum semua. Apa yang LM perasan bulan Ramadan ni menu harian kami tak berapa nak seimbang
Takda sayur dalam hidangan harian.
Awal puasa haritu ada la juga LM masak sayur, tapi bila tak laku memang malas la nak masak sayur lepas tu. Bila tak makan sayur, air pun kurang minum masing-masing mulalah sembelit. Sekarang ni LM paksa anak-anak ni makan buah semasa berbuka dan sahur.
Buah strawberry ni beli malam tadi. Dapat la jadi juadah bersahur anak-anak.
Buah tembikai antara buah kegemaran anak-anak setakat hari ni. Dah try beli mangga kurang laku mungkin anak-anak tak tahan dengan rasanya yang terlalu Manis kot?
LM jadi tukang cuci je. Pagi-pagi memang tak mampu jamah la buah strawberry ni. Masam! Huhu
Korang makan seimbang tak bulan puasa ni? LM ni nasi memang susah nak telan time bersahur dan berbuka. Sayur lagi la tak larat nak telan.
Kadang berbuka air saja dah bergelas terus rasa kenyang. Syok kurma kegemaran pun dah habis memang rasa lembik badan takda tenaga. Harini mula demam. Kaki tangan sejuk macam duduk dalam peti ais. Memang musim demam kot?atau sebab makan tak seimbang?
7 Comments
same here...bln puasa ni tak berapa nak ada sayur dlm menu2 laaa
ReplyDeletebuah kdg2 je ada..sayur slalunya ada la
ReplyDeleteSamaaa kak. Saya pun jrg ada sayur dan buah. Tp utk pengganti serat saya rutin makan Greek yoghurt plain. JD tak susah kalo nak BAB . Sayur ini saya suka, tp sebab saya malas nak ke pasar, jadi jarang beli. Kalo lauk2 memang selalu titip dengan personal shopper, tapi hanya 2 Minggu sekali.
ReplyDeletekak ana kat rumah ni wajib kena ada buah LM, walau pun bukan bulan puasa. Kalau dak sembelit lah juga jadi nya :)
ReplyDeletebulan puasa memang mudah diserang demam, mungkin salah satu sebab kurang makan seimbang...linda kat rumah nie, memang suami isteri je yang makan sayur pun...
ReplyDeleteAna pun bln puasa ni byk mkn buah tembikai & buah mangga.. sayur ape segala tu ana kurang jugak sbb waktu berbuka Ana pun sllunya byk minum je dah kyg hehehe
ReplyDeleteehh mangga manis laa sedapp... kalau masam tu boleh buat kerabu 😀
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com