Assalamualaikum.
Bulan RAMADAN ni boleh dikatakan macam pesta makanan kerana pelbagai jenis lauk pauk serta kuih muih akan dijual di Bazar Ramadan atau di tepi jalan. Ikan bakar antara menu yang menjadi pilihan ramai mungkin kerana khasiat dan rasanya yang menarik serta harga yang mampu milik. Ikan cencaru bakar antara kegemaran anak-anak rumah ni. Biasanya LM akan masak sendiri saja menu ni.
Di rumah ni bila berbuka memang tak makan banyak. Sahur lagi la. Setakat menjaamah makanan dan teguk air saja mengalas perut sebelum memulakan ibadah berpuasa. Jika berbuka puasa dengan menu nasi, LM akan masak lebih untuk di bawa sahur. Tapi bergantung kepada permintaan, kadang anak cuma nak makan bubur saja atau menu ringkas yang lain.
Ikan cencaru ni LM minta penjual tolong belah belakang. Memang ikan ni cuma jadi ikan bakar saja jika di rumah ni sebab jika masak menu lain pasti tidak membuka selera kami sekeluarga. Ikan bakar dicicah bersama sambal kicap adalah hidangan yang mampu membuka selera kami sekeluarga.
Ikan cencaru bakar biasanya LM akan sumbat dengan sambal atau sambal kelapa.
Jika dengan sambal LM akan buat sambal tumis . Cuma menggunalan cili kisar, bawang besar, bawang putih dan garam sebagai perasan dan bakar dengan daun Pisang.
Jika dengan kelapa, LM akan guna cili kisar, bawang besar dikisar, bawang putih kisar, jintan Manis, ketumbar, serai dan sedikit garam gula sebagai penambah rasa. Setelah ditumis baru masukkan kelapa parut yang agak muda kelapanya. Bila dah elok masak sumbat pada ikan dan bakar seperti biasa . Nak lagi best boleh balilut dengan daun Pisang atau daun kunyit dahulu.
Selain ikan cencaru, ikan kembung dan park pun sedap dibakar. Siakap pun sedap kan? Korang biasa guna ikan apa jika nak bakar?
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com