Pagi ni selepas si Kecil ke KAFA saya busy menyidai pakaian dan membelek tanaman di tepi rumah konon me time la. Bila masuk ke rumah tengok ada mss call, saya terima panggilan daripada ustazah di KAFA. Hati terus berdebar bila dengar ayat, “Anak awak demam dan nampak tak larat.” Walaupun semalam memang dia tak ke sekolah sebab demam, saya sangkakan hari ini keadaannya sudah semakin baik. Rupanya, badan masih panas dan tenaganya belum pulih sepenuhnya.
Sebagai ibu bapa, panggilan seperti ini memang buat kita terus tinggalkan semua urusan dan fokus pada satu perkara—anak.Laju-laju make up bersiap capai kunci dan pergi ambil dia
Semalam saya dah perhatikan badannya panas. Sebab itu saya tak hantar dia ke sekolah. Bila bangun pagi tadi, demamnya nampak sedikit kebah, sejak malam nampak dah mula aktif jadi saya cuba beri dia ke KAFA seperti biasa. Tapi naluri ibu bapa kadang-kadang tak pernah silap—dia rupanya masih belum betul-betul sihat.
Apabila sampai di KAFA, saya nampak sendiri keadaannya. Wajah pucat, badan panas, dan jelas dia tak larat. Hati terus rasa sebak. Anak yang biasanya ceria, hari ini hanya mampu senyum lemah. Rasa pening katanya, tak larat berdiri.
Dalam situasi begini, saya sedar satu perkara—kesihatan anak memang tak boleh dikompromi. Tak mengapa tertinggal pelajaran sekejap, yang penting dia sihat dan kembali bertenaga. Mujur semester baru je bermula, risau tercicir banyak pelajaran susah nak kejar nanti.
Hari ini, saya pilih untuk berehat di rumah bersama anak. Bagi dia masa untuk pulih, dan bagi diri sendiri ruang untuk lebih peka dengan keadaannya. Anak-anak tak selalu pandai luahkan apa yang mereka rasa, tapi badan dan tingkah laku mereka selalu beri isyarat. Risau dia asthma pun ye juga, sebab semalam nampak nafas dia sedikit laju
Semoga anak saya cepat sembuh, dan semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk menjaga amanah kecil yang Allah titipkan ini.
.jpg)
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.