Assalamualaikum, okey jom kita sambung kisah jelajah dari Betong menuju ke Yala.
Day 2
Selepas kami alas perut bersarapan pagi, kami meneruskan perjalanan ke Yala. Cuaca sangat baik, cerah sungguh, namun saya yang tak berada dalam kondisi kesihatan baik pastilah kesejukan pakej berbaju sejuk sepanjang perjalanan, padahal baju memang pakai dua lapis, bila saya baca pesakit SLE memang akan sering kesejukan dan digalakkan memakai heating abd thermal underwear bila travel terus saya grab . Ye, ia sangat membantu berbanding sebelum ni.
Bye Betong. musim Durian nanti kami datang lagi ye!
To Ku Chae Bridge
6°02'54.1"N 101°11'50.9"E
ini salah satu daya tarikan, korang boleh parking kereta tepi dan bergambar kenangan di sini
Semenatara mereka duk melepak tepi sungai, kami mulakan projek try makan miang kham .
abaikan baju sejuk saya tu je. terlupa nak alih semasa nak kenduri miang kham.hehe
percubaan pertama setiap item kami letak serba sedikit je dulu. udang kering 2-3 ekor, cili padi seketul, halia seketul, kacang tanah 4-5 ketul,kelapa muda sangai yang dihiris sedikit , limau nipis pun saya letak seketul saja.. sos dia pun sikit.
bila dah jumpa rentak baru tau nak lebihkan cili, kelapa atau kacang. hehe.
Menyesal beli 1pack tu saja nak cakap. tapi kan, makan daun kaduk boleh buat kita mabuk ke? terasa macam ada sikit mabuk la pula, rasa melayang je lepas makan entah berapa banyak. yang pasti lebih 5 rasanya saya makan
eh ada orang jual durian! manggis dan mesta juga ada selain limau . Beli manggis dan mesta sebab nak tunjuk pada budak budak ni perbezaan keduanya walau rasa dia lebih kurang saja cuma berbeza bentuk.
tumpang bus stop makan durian. sambil makan, sambil borak dengan acik acik tu. Ala, macam cakap bahasa kelate je pun. takda hal la!
Tak arat nak edit, kita sambung nanti ye. Kita akan tunjuk tempat cantik dan juga tempat lunch yang best . Tunggu....
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
1 Comments
saya tak reti la nak mkn miang kham tu
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.