Ihram, Niat, Miqat & Pantang Larang: Pengalaman Umrah Saya






Saat mula melangkah ke Tanah Suci, perasaan saya bercampur-baur antara teruja dan gementar terutama kali ini membawa 6 anak turut sama mengerjakan umrah .Ketika inilah saya benar-benar mengambil berat tentang ihram, niat, miqat dan pantang larang yang perlu dijaga sepanjang mengerjakan umrah. Dalam entri ini, saya kongsikan pengalaman peribadi saya sambil berkongsi sedikit pengalaman  sebagai peringatan untuk diri sendiri dan mungkin bermanfaat untuk kalian juga

Kami meninggalkan hotel anggaran 8 pagi dengan menaiki kenderaan dari Transport Uncle Aslam . Kami pilih Staria sebab kami berlapan dan ada 11 buah beg. 

Ihram ialah permulaan rasmi ibadah haji atau umrah. Ia bukan sekadar pakaian, tetapi keadaan suci yang menuntut niat, adab, dan pematuhan larangan tertentu.

 Niat Ihram

Niat dilakukan di miqat atau sebelum melepasi miqat.

Niat Umrah:

“Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Ta’ala.”(Oleh kerana saya nak buat umrah, maka saya berniat begini)

Niat Haji:

“Sahaja aku mengerjakan haji dan berihram dengannya kerana Allah Ta’ala.”

📌 Niat di dalam hati, boleh dilafazkan untuk membantu fokus.

Miqat (Tempat Memulakan Ihram)

Miqat ialah sempadan tempat yang wajib berniat ihram sebelum memasukinya.

Antara miqat yang biasa digunakan:

  • Bir ‘Ali (Zul Hulaifah) – dari Madinah

  • Yalamlam – dari Asia Tenggara (termasuk Malaysia)

  • Qarnul Manazil – dari Najd

  • Juhfah – dari arah Syam/Mesir

📌 Jemaah biasanya berniat di kapal terbang apabila hampir dengan miqat.

Pakaian Ihram

Lelaki:

  • Dua helai kain putih (tidak berjahit)

  • Tidak menutup kepala

Wanita:

  • Pakaian menutup aurat biasa

  • Tidak menutup muka dan tangan (ketika ihram)

    Pantang Larang Ihram

    Setelah berniat ihram, perkara berikut dilarang:

    ❌ Memakai pakaian berjahit (lelaki)
    ❌ Menutup kepala (lelaki) / menutup muka (wanita)
    ❌ Memakai wangi-wangian
    ❌ Memotong rambut atau kuku
    ❌ Memburu atau membunuh binatang darat
    ❌ Bernikah, menikahkan, atau hubungan suami isteri
    ❌ Bercumbu yang menaikkan syahwat
    ❌ Bertengkar atau berkata kasar

    📌 Melanggar larangan ihram boleh dikenakan dam.

    Amalan Sunat Ketika Ihram

    ✅ Mandi sunat sebelum ihram
    ✅ Solat sunat ihram (2 rakaat)
    ✅ Memperbanyakkan talbiyah:

    “Labbaikallahumma labbaik…”
    ✅ Menjaga adab, sabar, dan akhlak

     

    selesai solat sunat saya ambil peluang bergambar kenangan sebelum meneruskan perjalanan 

     saya belajar bahawa menjaga ihram, niat dan pantang larang bukan sekadar pada pakaian dan perbuatan, tetapi juga hati dan tingkah laku. Moga setiap langkah yang diambil diterima sebagai ibadah dan menjadi pengalaman yang mendekatkan diri kita kepada Allah.

Oleh kerana kami gerak sendiri buat umrah DIY, kami santai santai menyusuri kesan sejarah rasululluh dari Mekah ke Madinah. Selepas miqat, kami melawat Telaga bersejarah yang Rasullullah pernah singgah minum iaitu telaga Rawha dan telaga Syifa. LAwat tempat pertempuran perang badar dan singgah solat zuhur di Masjid Areesh iaitu tempat Rasullullah bermunajat mohon kemenanghan perang Badar dengan tentera islam hanya 313 orang melawan lebih 1000 tentera pihak musuh.

Alhamdulillah kami sampai ke bumi Mekah dalam jam 5 petang. Selepas solat Isya, baru dapat buat umrah dan selesai hampir 11 malam 14 febuari bersamaan 4 pagi 15 febuari waktu Malaysia.



Post a Comment

4 Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian nya..semoga mendapat umrah yang mabrur..aamin

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...oo LM buat Umrah DIY...seronok dapat pergi satu family

    ReplyDelete
  3. bestnya LM dpt buat umrah bersama semua anak tu

    ReplyDelete
  4. Saya kena dam 20 rial..tiba2 dah pakai ihram gunting bulu kening panjang dua helai..nah ..surihati bagi teguran saya kena Dam..dah lunas kan ...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.