Ihram ialah permulaan rasmi ibadah haji atau umrah. Ia bukan sekadar pakaian, tetapi keadaan suci yang menuntut niat, adab, dan pematuhan larangan tertentu.
Niat Ihram
Niat dilakukan di miqat atau sebelum melepasi miqat.
Niat Umrah:
“Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Ta’ala.”(Oleh kerana saya nak buat umrah, maka saya berniat begini)
Niat Haji:
“Sahaja aku mengerjakan haji dan berihram dengannya kerana Allah Ta’ala.”
📌 Niat di dalam hati, boleh dilafazkan untuk membantu fokus.
Miqat (Tempat Memulakan Ihram)
Miqat ialah sempadan tempat yang wajib berniat ihram sebelum memasukinya.
Antara miqat yang biasa digunakan:
-
Bir ‘Ali (Zul Hulaifah) – dari Madinah
-
Yalamlam – dari Asia Tenggara (termasuk Malaysia)
-
Qarnul Manazil – dari Najd
-
Juhfah – dari arah Syam/Mesir
📌 Jemaah biasanya berniat di kapal terbang apabila hampir dengan miqat.
Pakaian Ihram
Lelaki:
-
Dua helai kain putih (tidak berjahit)
-
Tidak menutup kepala
Wanita:
-
Pakaian menutup aurat biasa
-
Tidak menutup muka dan tangan (ketika ihram)
Pantang Larang Ihram
Setelah berniat ihram, perkara berikut dilarang:
❌ Memakai pakaian berjahit (lelaki)❌ Menutup kepala (lelaki) / menutup muka (wanita)❌ Memakai wangi-wangian❌ Memotong rambut atau kuku❌ Memburu atau membunuh binatang darat❌ Bernikah, menikahkan, atau hubungan suami isteri❌ Bercumbu yang menaikkan syahwat❌ Bertengkar atau berkata kasar📌 Melanggar larangan ihram boleh dikenakan dam.
Amalan Sunat Ketika Ihram
✅ Mandi sunat sebelum ihram✅ Solat sunat ihram (2 rakaat)✅ Memperbanyakkan talbiyah:“Labbaikallahumma labbaik…”✅ Menjaga adab, sabar, dan akhlakselesai solat sunat saya ambil peluang bergambar kenangan sebelum meneruskan perjalanansaya belajar bahawa menjaga ihram, niat dan pantang larang bukan sekadar pada pakaian dan perbuatan, tetapi juga hati dan tingkah laku. Moga setiap langkah yang diambil diterima sebagai ibadah dan menjadi pengalaman yang mendekatkan diri kita kepada Allah.
.jpg)
.jpg)
4 Comments
Terima kasih atas perkongsian nya..semoga mendapat umrah yang mabrur..aamin
ReplyDeleteAlhamdulillah...oo LM buat Umrah DIY...seronok dapat pergi satu family
ReplyDeletebestnya LM dpt buat umrah bersama semua anak tu
ReplyDeleteSaya kena dam 20 rial..tiba2 dah pakai ihram gunting bulu kening panjang dua helai..nah ..surihati bagi teguran saya kena Dam..dah lunas kan ...
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.