Aku termenung sendirian , entah mengapa pertembungan aku dengan gadis petang tadi sangat meninggalkan kesan buat diri ini. Aku seakan yakin dia adalah insan yang aku sangat cintai. Walau mata ini tak dapat melihat , aku dapat 'tangkap' bau perfume yang sering dia guna dulu , suara pun masih sama seperti dulu. Mustahil aku silap orang. Tapi mengapa dia seakan tak mengenali diriku? Ye , mungkin benar kata Arif aku tersilap orang.
*****
"Panjangnya barisan, bila sampai turn kita ni Shiela? " aku terdengar rungutan gadis di belakang aku pada kawannya. "Entah la, aku dah nak patah pinggang berdiri ni , rasa nak pitam pun ada ." jawab kawannya. Pendaftaran awal semester memang meletihkan. Pada aku memang banyak buang masa nak beratur dari satu meja ke satu meja. "Aku nak pergi tandas la , jom teman kejap. Mana aku tau nak cari tandas di mana, tempat ni dah la baru bagi kita." Si gadis bersuara lagi. Aku jahat betul , orang nak ke tandas pun aku pasang telinga. " Tapi dah letih berbaris kalau kita keluar nanti kena beratur semula la pula nanti?" jawab kawannya. Aku mengambil peluang berpaling untuk membantu. "Err , cik pergilah. Saya akan jagakan barisan ni. Nanti lepas kembali ke sini boleh berbaris di depan saya pu takpa. " Aku cuba menawarkan bantuan. Jenis tak malu lah aku ni kan.
"Terima kasih abang, kami pergi dulu ye?" jawab si gadis sambil menarik tangan kawannya. Dah tak tahan sangat nak 'terkucil' kot? hahaha. Tergelak aku dan Syafiq melihat gelagat gadis tu. Gadis manis bermata cantik, getus hatiku. "Hei , minat lah tu, pandang sampai jauh. Kau minat yang nak terkucil tu ke atau kawan dia. Aku cop kawan dia , kau ambik la minah selamber yang nak terkucil tu...hahaha." Syafiq mengusik aku. Aku dan syafiq tergelak lagi.. Si gadis dah sampai dan aku melambai tangan memberi isyarat ini barisan kami. Namak dia tercari-cari mungkin keliru barisan mana dia tadi. " Terima kasih abang , senior ye? terima kasih bantu kami. " si gadis ucap terima kasih. Bau wangian yang dipakai membuat aku terusik . Lembut dan sedap sungguh baunya. Senyumannya manis dan matanya bercahaya. Aku terpesona.
*****
Tak sangka pertemuan pertama sewaktu pendaftaran tempoh hari mendekatkan aku dengan Ayu. Memang dari pertama kali melihatnya aku terpesona . Kali kedua bertemu dah tepikat , kali ketiga terus jatuh hati. Walau hanya bertembung di pertengahan jalan namun hati tak tertahan untuk lebih mengenali gadis 'selamber' bak kata Syafiq.
bersambung..
Lepas dua tahun belajar di kampus yang sama kami semakin akrab. Ayu sangat peramah orangnya. Mudah bergaul dan berbincang. Tapi sedikit panas baran. Aku sentiasa mengalah biasanya bila Ayu naik angin. Dah sayang, apa saja dia kata aku cuma turutkan. Ayu ni jenis tegas , bila dia kata hitam tetap dia nak hitam. Bila dia buat salah pun dia jenis susah nak mengaku dia salah kerana padanya dia tak salah.Perlahan-lahan aku cuba menjadikan Ayu seorang yang lebih mendengar kata. Peristiwa malam tu jadi teruk akibat aku hilang sabar menahan marah dan sikap ingin selalu menang Ayu. Akhirnya kami terpisah hingga kini. Andai kata aku tak baran malam tu pasti semua ini tak berlaku. Di mana Ayu kini?
*****
" Syahmi , aku selalu nampak Ayu keluar makan malam di restoran nelayan dengan budak lelaki kelab rekreasi tu. Kau kenal budak lelaki tu ?" Syafiq bertanya padaku. " Tak pernah bertegur, tapi pernah nampak beberapa kali dia menyembang dengan Ayu kalau aku lewat habis kelas." Aku menjawab. Ayu sampai sambil tersengeh-sengeh kerana terlambat. " Sori abang , ayu jumpa kawan tadi. Leka berborak sampapi lupa ada janji dengan abang kat sini." Ayu memohon maaf walau dia nampak tak berasa bersalah pun sebenarnya. Aku terluka dengan sikap Ayu. " Borak la berapa lama pun , abang bukan penting sangat pun." Aku menjawab sambil tinggalkan Ayu. "Ayu tak sengajalah, kalau nak marah pun marah la. Bukan ayu sengaja lupa pun."Ayu mula memberontak. "Ayu selalu keluar makan dengan siapa malam-malam ye? Kan abang dah pesan jaga batas pergaulan. Keluar malam-malam hanya berdua dengan lelaki. Dengan abang pun kita tak pernah keluar berdua-duaan. Abang sentiasa jaga batas pergaulan dalam perhubungan kita. Tapi Ayu tak jaga batas dengan lelaki lain buat abang rasa sakit hati."
Aku mula menghidupkan enjin kereta dan Ayu laju masuk ke dalam kereta dan memakai tali pinggang keselamatan. "Ayu tak salah la, apasal abang angin tak tentu pasal ni?" Ayu tak habis-habis nak naikkan darah aku. Aku memang nak 'ajar' Ayu malam ni agar dia tau mana benda baik mana benda tak baik. Dia hanya fikir dia betul saja. Dia tak mau fikir pendapat orang lain. "Jika ayu terus nak buat perangai macam ni abang nak tarik diri dari terus makan hati macam ni, abang tak sanggup kawan-kawan asik bercerita Ayu keluar sana sini dengan budak lelaki sedangkan abang tak pernah buat macam tu dengan Ayu sekali pun. Nak keluar pasti kita keluar ramai-ramai. Itu pun bukan selalu." Aku mula luah apa yang terpendam. " Itu kelemahan abang, selalu rasa diri bagus. N?ak jadi ustaz eh? Jaga adab konon. Ni kita berdua boleh pula. Jangan rasa diri baik sangat lah abang. Cermin diri dulu boleh? " Ayu mula mengamuk. "Sebab tau abang tak baik abang cuba nak jadi lebih baik Ayu, jangan mengamuk macam orang hilang akal boleh? Cuba Ayu belajar kawal marah. Ni terjerit-jerit sampai orang sebelah kereta kita pun pandang ayu mengamuk. Tak malu ke?" Aku mula membantah cara Ayu.
" O00 sekarang dah tau malu dengan Ayu, dulu kata Ayu comel , cantik , ayu la...itu ini. Sekarang kata Ayu macam-macam. Bila dah benci semua buruk ye?" Ayu semakin marah. " Abang tak maksud macam tu. " Aku cuba menerangkan. " Abang ni ada perempuan lain ye? Mula cari salah Ayu untuk cipta alasan nak tinggalkan ayu" Ayu mula meracau tak tentu hala sambil menepik tangan aku. Mula menggoyang bahu aku dan memukul dada. "Ayu, abang kan tengah drive ni, jangan lah macam ni. Kereta banyak ni. Susah abang nak drive lah macam ni. " aku risau dengan cara Ayu mengamuk. " Biarlah..biar kita sama-sama mati. Itu yang bagus kan? Takut mati eh ustaz?" Ayu semakin lupa diri. Tiba-tiba sebuah Bas berada di depan kereta kami. Bas tu cuba memotong kereta tetapi tak sempat. Aku tak tau nak elak ke mana, kiri kanan ada kereta. " Abang.........................." Terdengar jeritan ayu. Apa yang aku dengar hanya jeritan Ayu, lepas tu terus aku tak tau apa yang berlaku.
"Syahmi dah sedar ye?" terdengar suara mama. "Mama, mata Syahmi ni kenapa. Pedih sangat tak boleh tahan ni." aku cuma bertanya pada mama. " Masuk serpihan kaca. Dah buat pembedahan tadi , nanti baik boleh la buka balutan tu ye." mama memujuk aku. "Mama tau mana Ayu , keadaan dia macam mana. Cedera teruk ke dia?" Aku sangat risaukan Ayu. "Mama tak dibenarkan melawat Ayu. Kami cuba nak lawat tapi jururawat melarang katanya permintaan dari keluarga Ayu sendiri tak benarkan dia dilawat oleh orang luar." mama menerangkan pada aku. " Mungkin mereka nak Ayu berehat agaknya. Harap Ayu tak cedera teruk kan mama? " aku cuba membuat andaian walau hatiku sedikit hairan. Bukannya keluarga Ayu tak kenal mama, kami sering bertemu sejak 2 tahun ini. Malah ibu Ayu juga merupakan bekas rakan sekolah mama dulu. " Mama harap begitulah. Rehat ye, jangan fikir banyak sangat." Mama memujuk aku.
Pembedahan pertama mata aku gagal. Aku tak dapat melihat bila balutan mata aku dibuka. Hati aku semakin sedih, aku kehilangan Ayu, penglihatan pun hilang. Lebih baik aku hilang nyawa terus kalau ikutkan kata hati. Namun aku tahu ini adalah ujian yang Allah beri pada aku untuk menduga sejauh mana keimanan aku. Aku ditemani mama dan kadang-kadang Syafiq atau Arif. Mereka sentiasa membantu untuk aku mengambil wuduk tiap kali masuk waktu solat. Syukur aku dikurniakan sahabat dan ibu yang baik. Mereka bergilir-gilir menjaga aku. Esok balutan mataku akan dibuka. Aku berharap mata aku akan dapat melihat semula seperti sedia kala.
" Cuba buka mata perlahan-lahan." Doktor memberi arahan. Aku cuba membuka mata, pedihnya...namun semuanya gelap. tiada langsung cahaya yang menembusi mataku. Aku semakin panik. " Tak nampak, saya tak nampak apa pun." aku gelisah.
bersambung..
11 Comments
ayu yang degil. kalau gaya macam tu kan, ada iras2 seseorang dalam idup adik satu masa dlu. hurmmmm
ReplyDeletecerpen baru ke miza..bagus yang ni..intro nya pun dah menarik dan padat..tak leret2..nama2 pun simple..hemm akak suka..teruskan bercerita tak sabar nak tau apam jd kat ayu sebenarnya...:)
ReplyDeleteblom smpt bce'nti dtg bce lek
ReplyDeletekisah baru pula LM... memang menariklah cerpen kat sini... tahniah
ReplyDeletehurmm..ayu..
ReplyDeletegood intro kak.. :)
Ayu..ayu..
ReplyDeletekak..cepat sikit post episod kedua..^^
mengada jer ayu tue...
ReplyDeletekira baru nak baca cerpen akak..hihihihi
like2..huhu ape dah jd pada ayu.. lumpuh ker dia..
ReplyDeletebagus sekali penataan bahasa cerpen nya.. salam dari indonesia
ReplyDeleteKeren karyanya, semoga tetap berlanjut, ditunggu postingan selanjutnya lohhh
ReplyDeletewow luar biasanya karya nya anak negeri, semoga lebih terdepan dah buat empunya blog
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com