BAWANG KISAR


 Assalamualaikum.

Bawang kisar. 

Nampak remeh, tapi bila tak ada stok dalam simpanan terasa la juga leceh setiap kali nak memasak. 


Bila ada stok bawang yang sudah dikisar, mudah dan pantas urusan di dapur. Nak masak sekejap je siap. 


Sekarang ni ramai yang jual stok  bawang kisar kan? LM buat sendiri saja. Rendam beberapa biji bawang sebelum di kupas agar mudah nak kupas. Lepas tu cuci dan terus kisar guna food processor. Siap!


Biasanya kalau buat tu 2 labu saja bawang putih. LM tak buat stok banyak pun. Kalau bawang besar pula dalam 6 7 biji saja. Nanti habis buat lagi. Tak buat banyak takut rosak. Stok 4-5 hari lebih kurang.

Nak masak cedok - cedok, terus tumis. Kalau cili kisar pula, LM rebus dan kisar dalam 2-3 bekas aiskrim tu. Kisar dengan sikit Minyak dan garam. Lepas kisar terus bekukan mana yang lama lagi nak guna. Keluarkan yang nak pakai saja. InsyaAllah lama tahan dan tak rosak.



Post a Comment

3 Comments

Warisan Petani said…
Boleh kisar sekali tiga2 barang tu
Ammi said…
kalau nak tahan lama katanya kena letak minyak masak
Mama Zharfan said…
dulu2 MZ pernah beli bwg kisar ni sbb my jiran jual (now dia dh lama pindah). MZ masak jrg2 so kupas bwg time nak masak jer