Assalamualaikum
Tanah Lot, Bali. Jarang kita dengar orang ke Bali tak singgah sini. Walau pun ini kali kedua LM ke Bali, tapi tak semasa datang kali pertama tu tak sempat datang ke sini disebabkan kami pulang awal gara- garam arwah mertua sakit tenat semasa tu(2 minggu sebelum dia pergi)
ambil gambar dulu sementara mood Aish masih okey dan boleh ditenteramkan. Haha
Berdua dengan anak ke 4. Entah bila budak ni tinggi, tau tau dia dah lebih tinggi dari ummi.
Kami leka bergambar di atas terlalu lama. Masa ni dah ramai orang mula turun ke bawah sementara air surut.
Cantiknya awan. LM sangat terpesona dengan awan di Bali ni.
Air dah mula pasang. Nak jalan merentas ke seberang sana dah tak boleh. Boleh saja sebenarnya, tapi LM tak mau la Stokin basah. Lagi pun risau bila leka bergambar, tak sedar air naik. Takkan nak angkat kain sampai parah lutut pula kan?
Pada LM, memang puas hati sangat berkesempatan ke sini. View sangat cantik. Anggaran jam 9 pagi kami gerak dari hotel. Pagi juga la sampai, ada banyak gerai yang belum buka masa tu.
Masa sampai tu tak berapa ramai orang lagi, tiba- tiba saja terus ramai. Katanya ramai pelajar datang ada acara sembahyang. Belum kisah pelancong lagi, kulit hitam, kulit putih, India, ala ala Korea, semua ada.
Kalian kalau nak ke sini awal tau, bila dah ramai, ditambah pula cuaca panas, jika bawa anak memang sikit menduga kesabaran. Aish yang dah 7 tahun asik merengek kepanasan.
4 Comments
view sgt cantik!!! tp bab2 cuaca panas tu memang MZ surrender laa
ReplyDeletecantiknye pemandangan Bali... topi yg dipakai pun cantik.. :D
ReplyDeletepercubaan....
ReplyDeletetd dah komen, tetapi tetibe jadi error.. cantik sungguh pemandangan bali.. topi pun cantik..
Cantik Tanah Lot ni tapi tak berkesempatan nak pergi sbb jalan macet yg amat..
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com