AHAD KAMI

 Assalamualaikum


Hai Semua, Salam Ahad. 

Minggu ni Acha tak balik dari asrama. Di tunda ke hujung minggu ni sebab ada cuti 3 hari. Maka, Ahad jadi lebih santai tak perlu tergesa gesa ready untuk hantar Acha balik selepas zuhur. 


2 hero kecil mengaji jam 8.30 Pagi. Selepas mereka balik mengaji terus bawa sarapan di luar. Ajak kakak dan Syafiq mereka tak mau ikut. Layan dua hero kecil saja la nampaknya. LM sendiri tak tau arah tujuan pakji. Kita makji sholehah(gurau) sebab tu tak tanya itu ini. Ikut saja. 


Pakaian pun cuma pakai tshirt Muslimah dan tudung sarung saja. Rupanya pakji ke arah Dengkil. Eh eh tau tau dia menuju Jenderam ke kedai makan kegemaran LM kedai Aman Shah. LM suka makan roti canai di sana. Dulu, semasa kakak sekolah menengah di sekolah Menengah Kiblah di Jenderam, memang setiap minggu kami sarapan sini sebab LM suka roti canai dia. Kalau korang nak tau, LM cuma makan roti canai di  2- 3 kedai saja, kedai yang LM tau roti canainya sedap. Selain tu memang tak makan. Tiga kedai melayu ni cuma kedai ni paling sedap, tapi kadang tu setengah jam tunggu baru dapat. 


Tadi, sebab tak mau susah kan pakji, LM beratur juga ambil nasi lemak, nanti lama pula menunggu roti canai. Kedai memang penuh. Orang yang bungkus pun ramai. Tapi, bila orang tu ambil order LM tanya lama ke roti canai? Bila sebut sekeping dia kata oo takpe, kita terus bagi kalau 1 makan sini. Alhamdulillah.. 


Ada roti canai, ada nasi lemak. Hambek kau! 


Syahim pun makan nasi lemak. Apam Eno tu LM 3 biji saja, tapi sebab Syahim suka LM tambah lagi 2 biji. Jarang jumpa apam eno. Biasanya apam beras atau apam gandum saja. 

Geng suka nasi lembut sure suka nasi lemak kedai ni. LM tak suka nasi yang keras. Nasi dia elok lemak dan lembut. Kena dengan selera kami, cuma sambal dia dah tak sama macam dulu. Dulu sambal dia sedap. Kini.. Boleh la

Semasa nak bayar, pakji nampak ada tapai. Dia Tanya nak ke? LM dia saja tak jawab. Sebenarnya nak, tapi entah kenapa bisu pula masa tu. Mujur dia ambil dua. Haha

Kami singgah pekan Dengkil pakji nak beli lemang di pasar tani. LM duduk dalam kereta saja sambil makan tapai. Balik rumah terkejut la pakji tengok tapai dia tinggal satu. Hehehe. 


Lama la juga menunggu dalam kereta. Tak ada lemang, dua kecil tu ke kedai alat sukan mencari bola. Sekarang ni dah ada hobi main bola la pula. Ikut abang mereka si Syafiq. Bola yang ada dah rosak, LM minta pakji belikan bola baru.


Balik tu singgah kedai Eco pula, konon nak beli plaster tapi bila dah masuk sure seplastik barangnya. Loceng basikal la, selotep dan entah apa lagi. Mujur LM tak keluar sama, kalau tak lagi la berbakul barangnya.


Lewat la si kakak dan Syafiq sarapan. Lambat balik bawa makanan yang kami tapau tadi.


Rehat sekejap lepas tu dah busy masak lunch pula. Apa pun alhamdulillah dapat sarapan port yang kita suka pun dah dikira BAHAGIA

Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulillah.sunday well spent tu

    ReplyDelete
  2. Santai-santai cari sarapan eh.. seronok gak tu sarapan jauh sket dari rumah.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com