KUIH BAKAR PANDAN

 

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat. 

Ada peminat kuih legend ni? 
LM suka kuih bakar pandan yang lembut. Tapi, bukan semua kedai ada jual, nak makan terpaksa la buat. Lagi pun boleh makan berulang ulang kami berlapan. 

Disebabkan kan masih tak dapat deria rasa  kembali, dapat rasa hujung hujung Je makanan tu. Kadang macam tak tau apa rasa makanan kita telan, teringin pula nak makan kuih ni. Tekak orang baru nak baik dari sakit memang meragam nak makan itu ini kot? 

Ni ada lebih 3 potong terakhir. Dah nak habis baru gigih ambil gambar. 



LM buat guna acuan besar. 2 mug tepung untuk dapat penuh acuan ni. Kalau buat separuh adunan pun cun juga kot. Nipis sikit kuihnya dan cepat sikit masak. 

LM guna Resepi ni

2 cawan tepung gandum

2 1/2 cawan santan

1 cawan air pandan(LM suka lembut, guna 11/4 cawan air pandan) 

2 sudu besar butter/ marjerin( carikan) 

1 cawan gula pasir(LM guna3/4 cawan gula)

3 biji telur ayam( guna 2 biji saiz besar)

Sedikit pewarna hijau

1/2 sudu teh garam

Sedikit bijan jika suka(tabur atas) 


LM kisar semua nya guna blender. Letak Minyak dalam acuan hingga panas. Rata kan acuan dengan Minyak tersebut dan keluarkan semula Minyak tadi supaya kuih tidak melekat pada  acuan. 


Masukkan adunan dan Bakar dengan api perlahan. Acuan ni LM guna acuan lubang tengan yang di Bakar atas tungku dapur gas. 

Anggaran memasak dalam 1 jam suku LM guna api perlahan dan memang suka kuih yang berkerak sikit di bahagian tepi. 


Kuih ni dah sejuk baru boleh potong. Kalau nampak dah berkerak tu tanda dah masak walau tak boleh potong nampak lembik. Dah sejuk baru cun boleh potong. 


Cara ni sama juga LM guna untuk kuih bakar jagung atau kuih bakar labu. Cuma tambah jagung dan labu saja ke dalam adunan. 


Post a Comment

11 Comments

  1. Oh memang suka kuih bakar lejen ni. Paling best bahagian tepi yang gelap sikit, kerak2 gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal.gigih LM tunggu dia berkerak.janji jangan hitam pahit dah la

      Delete
  2. sedapnya kuih bara..nak plak makan panas2 kan..emmm....

    ReplyDelete
  3. Rajinnya LM 👍
    Kuih bakar ni favorite Angah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. time rajin..time malas berhuhu je la LM ni

      Delete
  4. sedapnya kak ana suka nih :)

    ReplyDelete
  5. pandainya LM buat kuih!! saya suka kuih ni..tp tak reti la buat, cuma reti beli dan mkn ajerrr

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com