NASI AYAM SAMBAL HIJAU (GARING)

 Assalamualaikum

Harini Isnin, 3 hero ni ada tuisyen kumon. Sementara tunggu mereka tuisyen sejam, kami memang tak balik rumah. Bersidai ke sana sini sementara tunggu mereka siap tuisyen. 


Harini kami dinner di kedai nasi ayam. Nasi ayam kedai ni ada pelbagai jenis. Ada nasi ayam biasa dan ada yang sambal hijau. Ada jenis ayam lembut dan ada yang jenis garing. Tekak melayu pastilah LM pilih yang garing. Rindu masakan Indonesia, maka LM pilih sambal hijau sebab rasa sambal kedai ni mirip sambal hijau yang LM suka ketika ke Bali tempoh hari. Hampir setiap hari makan situ sebab suka sambal hijau dia.



 Aduh, dah mula makan baru nak snap gambar.


LM lupa nak minta bahagian peha, maka berhuhu la bila dapat bahagian dada. Keras dan jenuh asik terselit celah braces. 


Masalah lagi parah, sambal hijau tu terlalu pedas sampai tak boleh fokus makan. Padahal ini kali ke berapa ntah datang makan sini. Biasanya okey saja tak level segini pedasnya. 


Lagi malang, konon nak kurangkan pedas, LM siram kuah sup. Masalah nya sup masin giler pada lidah LM. Ye, daku ni jenis makan kurang masin. Tak tahan makan makanan masin. Kalau pakji nak masin dia akan curah kicap cair ketika makan masakan LM. Huhu. 


Pedas + masin= rosak mood.


Tak mampu habiskan makanan. Ayam tu LM minta pakji tolong habiskan. Nasi tu pasrah saja lah. Memang tak mampu habiskan. Hati teringat rumah Je, nak gosok gigi rasa tak selesa. Tuisyen anak sejam saja, konon malas la nak bawa berus gigi. Tapi bila tak bawa terus rosak mood. Huhu. 


Ops pernah sekali tu ke kedai siam. Order mee celup. Tanya kat dia ada letak kacang tanah ke dalam dia? Dia kata ada. Lelaju cakap saya tak mau ye. Jangan letak. Eh bila sampai dia tabur kemain banyak kacang tanah tumbuk tu. Geram sungguh. Tak mau la cerewet. Makan juga. Malas nak minta tukar kot orang lidah dalam makanan kita ke.. Mana la kita tau kan? Kesudahannya, moody sebab setiap celah bracket braces terselit dengan kacang tanah tumbuk tu. Tak habis makan sebab tak selesa nak kunyah. Huhu. 

Post a Comment

6 Comments

  1. Hari ni asyik dengar and nampak pasal sambal hijau je.

    ReplyDelete
  2. ludah kak, bukan lidah.. huhu

    ReplyDelete
  3. fuhh leceh betul yer kena jaga bab2 mkn bila pakai braces tu...anyway, bab tak suka masin tu sama mcm MZ laaa...memang apa2 lauk/masakan yg sedikit ajer masin pun terus jd tak lalu laaa

    ReplyDelete
  4. Alahai... potong mood betul ye. Sabar je la LM...

    ReplyDelete
  5. nampak sedap juga ni lydia :)

    ReplyDelete
  6. ngeri bila fikir kita macam2 pastu budak kedai tu ludah je dalam makanan kita kan. selalu gak ada pemikiran gitu sbb ktia pernah tgk dalam video ada yg buat gitu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com