LUNCH

Lunch harini. Alhamdulillah 

 Assalamualaikum

'Bateri' dah semakin berkurang. Tenaga dah makin tinggal sedikit. Terasa macam malas nak masak. Rasa nak tidur layan period pain sambil peluk bantal. Aci tak?

Tak boleh layan malas sangat sebenarnya. Dah la tak sarapan. Tak makan apa dari pagi. Perlu isi perut sebelum gigi yang pakai power chain ni makin berdenyut. Biasanya beberapa jam selepas pasang power chain tak terasa sakit lagi. Lepas ketat kan braces dia akan muka rasa tegang sedikit demi sedikit. Malam atau esoknya baru terasa tegang sangat gigi kita. Camne rasa tegang tu? Macam setiap gigi tu ada batu bata yang bergayut. Haa camtu kot?

Ayam yang LM defrost sedang elok untuk terus di masak. Maka, sebelah dapur buat masak lomak cili api ayam campur rebung. Rebung ni LM beli haritu rebung segar di pasar. Dah siap rebus simpan tunggu rajin tu datang, barulah ada mood nak masak.

Sebelah dapur lagi grill dada ayam 3 ketul ni untuk lunch LM. LM cuma gaul dengan serbuk cajun saja dada ayam tu. Dada pun LM belah bagi nipis biar cepat masak. Lapar sungguh perut dah mula menyanyi. 

Teringin nak makan dengan soun tapi malas nak rebus. Maka, makan saja lah dengan daun salad tu. Janji kenyang. Dah macam orang diet IF pula, pukul 2 lebih baru nak makan. Padahal tak sempat makan sejak pagi. Huhu 




Post a Comment

5 Comments

  1. wow..diet betul ni...SA nak buat camni gak la..untuk bekal pi opis

    ReplyDelete
  2. kagum la utk org2 yg pakai braces ni..kira beauty is pain gitew! my niece pun pernah pakai braces ni tp zmn dia study dulu2 laaa..now dh anak 2 org pun dia

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum suka hidangan macam ni, ya rehat dulu.. Moga dipermudahkaan urusan..

    ReplyDelete
  4. Sedap dah tu...
    PH pun kalau lunch, makan simple2 je. Masak sedap² pun simpan utk dinner sbb semua ada, baru seronok makan ramai²

    ReplyDelete
  5. kalau period pain mmg elok rehat...nk buat apa pn tk larat....menu ayam dgn salad tu sedap

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com