PASAR

 Assalamualaikum.


Salam Sabtu. 


Last ke pasar mencari stok lauk sebelum raya haji haritu. Stok lauk sayur semua dah habis, maka perlu la gigihkan diri mencari barang ke Pasar 




LM lebih suka ke pasar pudu. Lebih segar dan murah barangnya. Biasanya beli di bahagian luar. Pernah sekali saja beli ayam dalam pasar. Di sini bahagian luar pun ayam boleh kita sembelih sendiri. Memang pakji sembelih sendiri baru mereka proses dan siang. 


Sayur segar dan murah. 3 ikat rm5 saiz gedabak besar. Tapi ada juga yang jual sikat kecil. Kena pandai pilih. Dulu, terasa sangat syok sebab dekat dengan Pasar Borong, tapi bila ikannya tak elok, dah tak segar dan jauh lebih mahal harga banding di Pasar Pudu, terus la gigih ke Pudu setiap minggu demi memenuhkan stok barang basah. 


Old school shopping ke pasar? Ah lantak la, janji ikan sedap segar tak tawar hebey. I ni peminat ikan. Goreng pun sodap!


Apa projek korang harini?


Ops jangan salfok pada ayam kicap LM. Kami memang suka macam ni, anak jenis makan berkuah. Sejak kecil mak masak camni dan anak pun dah terbiasa ummi masak macam ni. 

Disebabkan tadi takda tapau sarapan, maka, terus masak ayam masak kicap untuk sarapan anak anak. Sarapan nasi la mereka harini. Dah jemu asik nasi lemak roti canai. Bukan habis pun jika beli. Kebetulan dua hari lepas Aish ada minta masakkan ayam masak kicap, terus LM masakkan untuk sarapan tadi. 

Semasa balik tadi sampai rumah baru jam 9.15 pagi. Aish dan Syahim pun tak balik dari mengaji, memang ngam ngam Je lauk masak, mereka terus bersarapan. Alhamdulillah. 



Post a Comment

5 Comments

  1. eeee.. teringat akak masa duduk Pandan Perdana. suka sgt ke Pasar Pudu. rindu la time tu. puas hati kalau ke pasar.

    ReplyDelete
  2. sy suka pegi pasar! shopping kat pasar pon seronok.. haha..
    tp skrg kekangan masa.. xdpt ikut suami ke pasar selalu.. hihi

    ReplyDelete
  3. saya jarang gi pasar,biasanya beli bahan mentah kat supermarket or kat kedai acheh area perumahan ni ajerr

    ReplyDelete
  4. Ayam yang baru sembelih memang fresh betul. Even kalau kita goreng bubuh kunyit dan garam pun rasa sedap lain macam.
    Gigih lah akak google maksud "salfok". Pertama kali jumpa perkataan ini 😅.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com