AYAM GORENG BEREMPAH

 Assalamualaikum.


Hai Semua apa khabar. Dah lunch ke tu? LM baru selesai masak. Harini menu simple saja sebab badan masih tak sihat. Rasanya dah hampir seminggu demam on off dan sejak semalam mulai sakit tekak yang teramat sakit sampai rasa macam berdenyut anak tekak ni.


Kakak Maisarah ada kat rumah, LM minta dia tolong masak sebab memang tak larat sangat nak berdiri lama. Rasa nak tumbang. Menu harini ayam goreng berempah cara LM, sambal belacan dan kuah kari campur bendi. Kari ni LM guna 2 ketul ayam saja, saja buat kari biar ada kuah bila makan nanti.



Ayam ni LM goreng sikit saja untuk lunch. Bakinya akan goreng petang nanti untuk anak makan dinner balik dari sekolah nanti. 


Ayam ni LM perap dengan


1 sudu besar jintan manis

1 sudu besar intan putih

1 sudu besar ketumbar

2 inci halia. 

7 batang Serai di potong 1 inci. 

1 biji bawang besar

4 ulas bawang putih


Kisar semua bahan. Gaul dengan ayam. Tambah garam, serbuk kunyit dan setengah senduk tepung jagung. 


Semasa menggoreng, setelah ayam goreng setengah masak, baru masukkan daun kari dan serdak yang di kisar tadi agar tidak hangit. 


Alhamdulillah selesai masak untuk hari ni. Tak kalut mikir menu apa dah ada lauk sampai ke malam, selesai kerja. 





Post a Comment

4 Comments

  1. Lamanya tak buat ayam goreng berempah ni. Nampak sedap tu. Get well soon LM.

    ReplyDelete
  2. GWS LM
    Anak sulong PH pun tak brp sihat ni, balik juga ke asrama sbb PPT dah mula semalam.
    Sedapnya ayam goreng berempah ni...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. sedap tu

    ReplyDelete
  4. Ayam goreng rempah ini memang sedap. Apalagi kalo serbuknya banyak. Gaulkan ke nasi saja sudah buat nambah 😄.

    Semoga skr sudah membaik ya kak LM 🤗

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com