BERJUANG

 Assalamualaikum. 

Salam Selasa semua. 

Pagi ni lebih baik dari semalam. Alhamdulillah. Badan memang agak letih terasa macam nak bangun lambat harini, hehe. Mujur kakak Maisarah kejut pukul 6 pagi tadi, tak kalut la pagi ni. Dia bersiap awal sebab nak gerak pergi kerja sebelum pukul 7 agar tak tersekat jam biar sampai sebelum jam 8 pagi. 


Alhamdulillah 7 30 kakak dah sampai. Sempat la lenggang lenggok masuk bangunan dan sarapan. LM cuma bekalkan dia sosej dan scramble egg saja tadi. 


Nak belajar perlu belajar berjuang. Nak sampai awal kena berjuang lawan rasa malas diri, Kan? 



Sama seperti rose LM ni. Ni bunga rose jenis memanjat. Rose ni dulu kawan tanam di rumah dia di Qatar. Bila balik Malaysia dia bawa balik keratan dan tan di sini. Tahun lepas semasa LM ke Batam ada singgah ke rumahnya di Johor, dia bagi anak pokok bunga ni.


Tanpa di baja, pokok LM ni masih berjuang hidup. Sesekali ada mengeluarkan bunga. Paling sedih, konon nak dia menjalar panjat beli yang kami lentur. Tiba- tiba LM tengok pokok ni semua daunnya jadi kuning layu dan mulai gugur. Harian!


Setiap hari hujan, bukan layu sebab kering maksudnya. Laju laju LM ambil keratan batang dan semai. Alhamdulillah dah ada 7-8 keratan batang yang mulai subur back up untuk pokok asal ni.


Fikir punya fikir, akhirnya kami tau kenapa pokok ni hampir mati layu daunya haritu. Rupanya sebab kami bagi dia melilit di rod besi. Bila besi tu kena kilat, pokok rose pun kena sekali. Kot? Entah la. Tu cuma andaian kami saja.


Apa pun walau dah kena kilat dan hampir mati, dia tumbuh tunas baru dan masih berjuang untuk hidup.


 

Post a Comment

4 Comments

  1. Saya pun adakalan merangkak memaksa diri pagi2 untuk terus tidak malas walau dah tua2 ni hehe

    ReplyDelete
  2. tu lah byk dpt belajar bila tgok tumbuhan struggle utk survive kan LM

    ReplyDelete
  3. lady x boleh tanam pokok rose... dlu pernah tanam n jaga bunga2 rose mertua... tp mmg xde hati dgn pokok ni.. sbnye kalau ldy tnm atau jaga mmg xsubur n xtumbuh dgn elok... huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. betul sangat dik, hidup ini adalah perjalanan yang memerlukan perjuangan setiap masa.. semoga di permudahkanNya segala ujian kita di muka bumiNya, aamiin

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com