BERTEMU DENGAN SAHABAT DARI INDONESIA-JIRAN LAMA

 Assalamualaikum


Alhamdulillah harini kami meraikan tetamu istimewa. Tetamu jauh dari Bandung, Indonesia ni adalah jiran lama kami semasa di Doha dulu. Jiran depan rumah. Boleh agak berapa akrabnya kami kan? 


Kebetulan suami Mira ni dah berkerja di KL semenjak selepas raya haritu, maka bila anaknya cuti sekolah dia ke sini minggu jumpa suaminya. 


Semasa dia mesej bagitau nak datang ke rumah LM risau juga. Takut tak sempat cari masa untuk bertemu dengan dia sebelum dia terbang pulang 15 Julai ni. Anak tuisyen 2 kali seminggu, Jumaat malam ada silat. Kemudian kami ke Thailand pula minggu lepas. Dia pun plan nak ke Thailand selepas kami pulang dari Thailand. Pasti akan rasa kecewa jika tak dapat bertemu dengan mereka sekeluarga. 


Alhamdulillah harini mereka berkunjung ke rumah. Syukur dapat jumpa dan berbual panjang
Candid semasa mereka sedang makan. 

Sebenarnya, pertemuan harini bukan pertemuan pertama selepas lama terpisah. Isnin lepas walau keletihan baru pulang dari Thailand sampai ke rumah awal pagi baru tiba tetap LM atur pertemuan dengan mereka. 

Risau tak sempat undang mereka ke rumah. Maka, lebih baik plan jumpa di luar dulu. Itu pun Disebabkan mereka tiada kenderaan, maka LM ajak bertemu dengan Lokasi yang hampir dengan rumah mereka. 

Kami bertemu di Aeon Cheras. 6 minit jalan kaki dari rumah katanya. Alhamdulillah, tak la jauh sangat. Tadi pun LM dah pesan, jangan pesan grab untuk ke rumah kami. Biar kami ambil mereka di station MRT. Dekat saja dengan rumah. 

Mira pilih restoran mee hiris. Terubat rindu pada kakak seorang ni. Peram ah, baik hati dan sangat menjaga tutur kata. Suka sangat berteman dengannya. Sebelah rumah LM pun Indonesian juga kami kerap bersarapan bertiga. Kadang mira ajak makan di rumah dia. Kadang kakak Risna sebelah rumah ajak ke rumahnya sarapan sama sama. 

Sebelah rumah mira, orang Malaysia, kakzue. Sebelah kanan rumah LM pun Malaysian. Meriah compound kami dengan warga Indonesian dan Malaysian semasa di Doha dulu. Alhamdulillah. 

Panjang lebar pula LM cerita kenangan merantau di bumi Arab dulu. 


Bergambar kenangan. Kadang tu sakan berbual sampai lupa nak rakam kenangan. Tu yang laju laju ajak bergambar sebelum terlupa. 


Sebelum balik kami bergambar lagi. Alhamdulillah. Indahnya ukhwah. Moga kekal ukhwah ni hingga ke akhir hayat, aamiin. 




Post a Comment

7 Comments

  1. Seronok bila dapat berjumpa teman sama-sama merantau di negara orang. Moga ukhwah terus berpenjangan.

    ReplyDelete
  2. Pasti banyak yang dibualkan setelah lama tidak bersua.
    Semoga persahabatan kekal utuh.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah seronoknya dapat berjumpa semula ... Mesti tak habis nak berborak kan :)

    ReplyDelete
  4. ooo LM pernah dok Doha yer dulu..berapa lama LM kat Doha tu? anyway , cantiknya rumah LM ;) best kan dpt jumpa dgn kwn2 yg kita sayangi dan hargai ;) rezeki. alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...semoga ukhuwwah kekal berpanjangan..

    ReplyDelete
  6. Seronoknya dapat jumpa blogger² ..semoga ukhwah terjalin berpanjangan

    ReplyDelete
  7. Ohh kakak juga pernah di Doha? Teman2 saya dulu banyaaaak sangat pindah ke doha. Beberapa masih ada di sana, beberapa dah balik. Kebanyakan memang kerja di oil and gas company sana.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com