HAFIZAH - KHATAM 30 JUZUK

Assalamualaikum 

Dah lama draft tapi tak juga publish kisah ni. 



Alhamdulillah pada 24.04.24 yang lepas, anaknda Marsya berjaya menghabiskan hafaz 30 juzuk Al Quran. 3 tahun, 1 bulan 5 hari perjuangan yang penuh liku. 

Pelbagai rintangan, exam, ustazah busy sambung belajar, tak sihat dan 1001 rintangan. Akhirnya Marsya berjaya pilih tarikh khatam pada 24 April. Sebelum ni dia pilih tarikh cantik lain tapi ada halangan. 

Terima kasih ustazah yang membimbing dan mendidik. Tanpa izin dari Allah tak mungkin dilorongkan cara dan jalan untuk Marsya bergelar Hafizah. 

Terima kasih anaknda ku atas usaha gigih untuk perjuangan yang bukan mudah ni. Alhamdulillah, syukur. 



Kami raikan Marsya dengan sedikit jamuan untuk dia makan bersama guru dan kawan kawan sekelas 

Sebab jauh, maka kami gigih mencari orang untuk bantu masakkan dan hantar ke sekolah. 

Menu 
Nasi Mandi 
Pulut kuning berhias bersama sambal tumis 
Kuih ketayap
Kuih karipap 
Air


 Alhamdulillah semua happy sama sama meraikan anaknda ummi. 


Marsya murid ke dua  yang berjaya khatam 30 juzuk di dalam kelasnya. 3 hari selepas Marsya kawan baik dia pula yang khatam. Semoga tak lama lagi kawan kawan lain juga akan khatam secepatnya supaya tak tertekan busy dengan SPM tahun hadapan.

Good luck anak- anak. Terima kasih kalian yang turut sama me doakan anak LM  yang sorang. Sesekali ada juga update kisah dia di sini. Mungkin ada doa kalian yang Allah makbulkan sehingga begitu mudah dan termag hati Marsya menghafaz. Kadang tu sekali tasmik 3 muka. Sehari dia buat 5-6 muka kadang tu time cuti sebab nak cover busy exam dan sebagainya. 

Misi seterusnya, doakan hajat LM untuk didik Aish dan Syahim jejak langkah Marsya pula ye. Setakat ni kami hantar mereka seminggu sekali saja kelas belajar Tahfiz dengan imam di masjid kami ni. Moga dengan cara ni mereka timbul minat dan keazaman untuk menjadi seorang AL HAFIZ, InsyaAllah. Aamiin


Post a Comment

5 Comments

  1. waahh tahniah kakak Marsya!

    ReplyDelete
  2. mabruuk!! moga terus sukses utk anakanda marsya

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...tahniah Marsya...semoga berjaya menggapai tangan kedua ibu bapa nya di akhirat kelak...Aamin
    bukan mudah , kita nak hafal surah al-mulk pun terkedek-kedek...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum sis, MashaAllah Alhamdulillah Tahniah buat Hafizah Marsya dan ibunya, tersentuh baca penuh inspirasi. Terima kasih. Moga terus berjaya juga adik2 nya Aameen.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah! Tahniah buat anak LM & juga buat parents dia yg berjaya mendidik anak sehingga menjadi seorang hafizah di usia yg muda ❤️

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com