REVIEW BRACES BULAN JULAI

 Assalamualaikum.


Alhamdulillah selamat sampai rumah jam 12.03 tadi. tak sempat juga jumpa dua hero kecil tu sebelum mereka bertolak ke sekolah kebangsaan . Disebabkan dik ad masih cuti tu yang minta dia urus 2 kecil tu sementara ummi jumpa doktor. 


Sekarang ni doktor Hafifi , doktor yang rawat gigi LM ni cuma ada pada hari Sabtu- Selasa saja.selain tu ada doktor lain. Doktor dah mula mengajar, sebab tu tak ada pada hari Rabu sampai Jumaat katanya.haritu kakak maisarah terkena dengan doktor lain. terus la laju laju LM minta set temujanji dengan doktor hafifi juga.tak mau doktor lain. 


temujanji pagi ni pada pukul 11 pagi, slot pukul 10.30 dah ada orang booking, tu yng dik Ad kena urus adik dua tu tengokkan makan  selepas balik dari kafa dan bersiap sebelum naik bas ke sekolah Kebangsaan. LM dah masukkan bekal dan air dalam beg anak anak. Buku pun dah siap susun ikut jadual. pensil semua dah siap tajamkan.


Air dan makan pun dah siap sendukkan sebelum ummi gerak. 6.9km saja klinik gigi ni dari rumah. tak jauh mana pun cumanya sebab LM ke sana drive sendiri dan guna kereta pakji yang dia baru  beli lebih kurang hampir sebulan kot. LM tak pernah drive kereta tu jauh dari rumah. pernah  drive sekali saja itu pun ambil anak dari kafa di lorong sebelah saja.bukan jauh pun.


Orang ada anxiety ni kena tenang-tenang. kalau buat sesuatu yang tak biasa buat pun boleh jadi debar,haha. Kereta LM kakak bawa pergi kerja. tu yang terpaksa pinjam kereta pakji. kereta tetap 4 roda. entah apa yang jadi tak tau sampai jadi debar tak tau lah. LM ooo LM. pelik sungguh perangai.


10.50 dah sampai , alhamdulillah. lama juga patient pertama . pukul 11.10 kot baru LM masuk.


harini doktor pasang power chain untuk rapatkan gigi taring yang ditarik dari belakang ke depan . 




simpan kenangan gamabr bracket yang tercabut haritu sebelum doktor pasang semula. banyak sangat makan daging, kerja keras raya haji sampai tercabut dia. kesian!

Harap LM tak sakit sampai demam la pasang power chin kali ni. beberapa bulan lepas pasang separuh saja pada bahagian tepi tapi sakitnya sampai nak gigit apa pun tak boleh. cuci muka terpegang bahagian mulut pun boleh terlompat sakit. tahap kena makan bubur dan makan panadol buat hilangkan sikit rasa tegang tu. walau cuma 3 4 hari sakit tu, tetap la seram bila dikenang kembali.

ops jangan komen kata nak cantik kenalah tahan sakit. Bukan sebab nak cantik pakai braces ni. LM punya gigi taring kiri dan kanan tumbuh ke arah dalam. orang lain cantik taring di luar. kita punya taring tumbuh bahagian dalam.bila makan kerap tertikam lidah sampai luka teruk. tu yang pakai braces. umur dah 43 tahun tak da fikir cantik dah kakLM ni dik.hehe

alhamdulilah selesai review braces Julai ni. terskip rv bulan june sebab lama tak sihat haritu.huhu. pejam celik rupanya hampir setahun LM pakai braces. mulai pakai bulan Ogos 2023(tahun lepas)


Post a Comment

3 Comments

  1. adik bongsu ammi pernah pakai braces masa sekolah rendah sebab accident. mmg sengsara tgk dia tahan sakit gigi masa process nak rapatkan gigi. nak makan pun payah

    ReplyDelete
  2. Oh ada pernah sakit juga rupa-rupanya. Tengok ramai org pakai braces, ingatkan selesa. I surrender lah camni.

    ReplyDelete
  3. kesiannya tak sggup bila kwn2 cerita sakitnya pakai braces :(

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com