SALAM ISNIN

 Assalamualaikum


Pagi.. 

Monday Blues? Haha, LM ni kadang tu setiap hari mood ke laut. Permulaan hari kalau lancar InsyaAllah mood okey sampai ke malam, kalau ada saja masalah walau sepele tetap ganggu mood.


Syukur, walau tidur lewat malam tadi dan terlambat bangun(6. 40pagi)tetap lancar urusan pagi ni, alhamdulillah. Cumanya, bila dah terlewat bangun kelam kabut la kejar subuh dan kejut anak.


Kakak Maisarah mula intern harini. First day takkan nak lewat pula, hari lain pun tak boleh lewat, ni pula hari pertama. Dia ni kalau bersiap agak lambat, kelam kabut la suruh dia cepat bersiap sebab dah warning malam tadi suruh dia gerak pukul 7.20 pagi supaya tak lewat sampai.


Pagi ni bekal dan sarapan anak menu ringkas saja.

Belah tengah, letak daun salad dan chicken fillet tu LM rebus, letak saja dalam tu dengan sos. Siap! 

Sarapan pun menu sama juga. Tapi si kakak bawa bekal saja dia makan dalam kereta katanya. Dapat free meal untuk lunch kata kakak. Alhamdulillah rezeki. 

Sebenarnya, pakji suruh kakak sambung degree. Tapi sebab dia belum ambil MUET kita urus dulu dan kebetulan University ni memerlukan pekerja segera, dia email dan panggil interview Khamis lepas. Katanya intern 3 bulan dan jika okey akan terus ambil berkerja di sana. Disebabkan dekat saja dengan campus kakak tempat kerja ni, kakak pun tau jalan nak pergi balik, tak perlu kami urus, tak apa lah. Pergi Je la kakak, kutip pengalaman. Intern dapat elaun rm500 cukup la buat beli kudapan. Minyak kereta ayah yang isi. Haha. 

Pakji ke office, akak pun tak ada. 3 hero sekolah, yang ada harini cuma dik ad yang masih cuti Politeknik. Kalau dia ada pun bukan berbunyi, senyap Je anak sorang tu.

LM pula masih ada batuk lagi, layan batuk dan layan kucing saja lah memecah kesunyian. 


Post a Comment

10 Comments

  1. Pagi isnin selalu jadi pagi yang sibuk lepas cuti hujung minggu.

    ReplyDelete
  2. semoga 1st day intern kakak maisarah baik2 je.. semoga semuanya berjalan dgn lancar.. =)

    ReplyDelete
  3. ooo kakak dh start keje yer..moga smooth semuanya aamiin

    ReplyDelete
  4. Breakfast sihat tu, buatnya pun mudah ya walau terkejar-kejar masa.
    All the best Kakak Maisarah..
    Semoga LM cepat sembuhnya.

    ReplyDelete
  5. ok juga tu elaun 500 sbb myk keta ayah isi hehe

    ReplyDelete
  6. kalau ldy, jam 6.40 tu dah x sempat buat ape2 dah.. kejutkan anak2.. mandikan dan terus ke sekolah..

    ReplyDelete
  7. Menu ringkas ni pun saya suka.....

    ReplyDelete
  8. Istilah I don't like Monday tu barangkali benar adanya haha...selamat beraktifitas

    ReplyDelete
  9. lambat pun sempat siapkan breakfast...hebat

    ReplyDelete
  10. Sihat sarapan LM tu. Biasalah hari Isnin memang kelam-kabut sikit.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com