DAM ULAR

 Assalamualaikum


Selepas Isya tadi Aish si bongsu LM datang bawa set permainan Dam dia. Dia kata tak ada sesiapa pun nak main dengan dia. 


Sedih la pula bila dengar dia kata macam tu. Terus la LM ajak dia main dam. Dia keluarkan dam Haji tapi LM terus terang bahawa ummi dia ni tak pandai main dam Haji. Maka LM ajak dia main dam ular. 


Yihaa dah lama tak main dam ular. Konon nak tunjuk skill dan nak jadi juara. Ye la, main dengan budak 7 tahun kan!


Malangnya sekejap saja dia dapat tamatkan permaian. Lempar dadu dapat 6. Lempar lagi dapat naik tangga. Ummi pula asik masuk mulut ular. Haha. 


Seram aihh main dengan ular kiri kanan. Sekali tu saja LM main. Hehehhehe. Happy la si kecil tu dapat jadi juara. 


Lepas ni LM kena Google cara main dam Haji la kot? Hehehe 

Post a Comment

0 Comments