JELEBU

 Assalamualaikum. 

Salam Jumaat. Jumaat minggu ni adalah minggu sibuk buat kami. Pagi pagi lagi LM dah buat maggi goreng (ops guna mee segera brand Cintan ye) untuk sarapan dan bekal anak kerana kami perlu gerak awal ke Jelebu untuk ambil Acha balik dari asrama. 


Sebelum tidur semalam incek suami kata nak gerak pukul 7 pagi sebab takut jammed. Kami tak tahu waktu sebenar boleh ambil anak jam berapa kerana masa untuk ambil duit bantuan persekolahan BAP tu bermjla 10 pagi. Kami pilih mengambil secara online banking kerana tak tahu cikgu plan ambil hari apa. Risau duit pada tangan tercicir atau hilang, tu yang kami pilih terima secara online banking saja. 

Bermaksud seawal 10 pagi dah boleh ambil anak la maksudnya. Aish LM bawa kerana dia setuju untuk ponteng sekolah kafa dan kebangsaan. Syahim tak mahu ponteng sekolah kebangsaan, maka LM minta dia ponteng KAFA kerana kami tiada untuk ambil dia dari sekolah kafa. 


Dah siapkan bekal untuk ke sekolah kebangsaan dan susun pakaian dia terus la kami gerak ke Jelebu ja 7.30 pagi. 


Cantik mural di pekan Jelebu ni kan?


Dalam 9 suku dah sampai, maka kami makan dulu sebab takut bosan menanti ustaz turun. Siap saja ambil barang Acha, dia terus bergambar sakan dengan kawan dia sementara ayahnya ambil keputusan keputusan peperiksaan. 


Alhamdulillah pukul 12.30 kami selamat sampai rumah. 



Post a Comment

9 Comments

  1. Seronoknya anak- anak asrama dah balik..meriah la rumah...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah selesai urusan ye

    ReplyDelete
  3. Hari ni hari yg sibuk esp utk yg ada anakdi asrama. Kami pun berbagi tugas utk ambil anak⁴ hari ni. Safe journey 🤲🏻

    ReplyDelete
  4. Sekali baca tajuk entry nmpk mcm 'jerebu' 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  5. dah lama tak pergi Jelebu ni... kalau dtg pun sekadar lalu je...

    ReplyDelete
  6. Jadi tahu ada pekan nama Jelebu. Cantiiik memang mural di dinding rumah itu kak. Saya kalo dah lihat mural begini, langsung ambil kamera dan tangkap gambar dari beberapa angle. 👍

    ReplyDelete
  7. Cantik mural tu. Selamat bercuti sekolah anak2 semua.

    ReplyDelete
  8. Mee brand cintan ni dah lama di pasaran. Sedap juga tu LM.

    Cantik Mural tu....

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com