Kuih Bakar Berempah

Assalamualaikum
Kuih bakar berempah atau kuih bakar kemboja ada pelbagai resepi dan versi tersendiri. Apa pun kuih ni memang kuih kegemaran saya sejak kecil lagi. Kalau jumpa memang wajib beli. 

Zaman dulu kuih ni orang  buat dalam acuan pecah lapan(kalau tak silap) tu murah je dalam rm2.50 sebiji. Sekarang ni rm4-5 jugak harganya kan?

saya jumpa resepi ringkas,dah lama sangat salin resepi ni adalah pernah buat sekali dua je dulu. Tadi selak buku resepi terus godak tepung bancuh.,Walau takda acuan kuih bakar daku buat juga guna pemanggang ajaib. nipis pun nipis la asal dapat merasa.



Macam murtabak dah rupa dia. Nipis.. Nama pun kuali ajaib/pemanggang ajaib. Mana tak nipis?

Kuih bakar jenis ni memang saya suka sebab dia tak keras. Lembut je ala-ala kuih akok tu. korang buat guna lah loyang . baru sempurna rupa dia.

Bagi yang sekapal suka juga kuih camni meh nak share resepi mudah ni. Lupa sangat la ambik mana resepi google ni sebab main salin je dalam buku resepi

2 cawan tepung gandum
21/4 cwn santan 
1 cwn gula(saya guna 3/4 saja)
Secubit garam
1cawan air pandan
3 telur
2 sudu besar butter yg dicairkan
1 btg kulit kayu manis
1/2 sudu kecil jintan manis

saya kisar je semua dan terus bakar dalam kuali ajaib tu. lupa nak letak bijan  tapi saya memang tak berapa suka bijan.

Nota kaki: eh guna kuali ajaib pun boleh? Haaa bab paling suka kejap je kuih ni dah masak. Garing pulak tu. mantap!

korang yang takda oven, boleh bakar pakai air fryer. takda juga boleh pakai loyang kuih bakar yang guna dapur gas je tu. janji rajin. kalau malas korang beli je kat pasar tani, hehe






Post a Comment

1 Comments

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.