Assalamualaikum. Alhamdulillah rezeki ..
Dapat makan sayur rebung masak lemak putih. Dah lama saya teringin nak makan sayur rebung tapi tak jumpa orang jual rebung segar. Yang ada cuma rebung lama /jeruk yang dah masam. Saya tak makan rebung masam sebab tak tahan dengan baunya. Sejak kecil memang makan rebung segar saja sebab mak cari rebung dalam kampung je, bila dapat terus dibuat sayur.Segar dan enaknya!!
Kebetulan kelmarin dapat rebung dari kempung . Pucuk dicita ulam mendatang. Terus saja saya buatkan sayur hari ni. Lawankan dengan sambal belacan dan ayam goreng tepung saja. Menu ringkas yang mampu memujuk anak tekak ini menyuap nasi. Lama betul tak makan dengan penuh selera .
Bahan:
Rebus segar-celur sebentar dan bilas.
-3/4 biji kelapa(ambik pati santan sahaja)
-1 biji bawang besar(hiris)
-1 biji cili merah dihiris nipis( boleh belah dua saja jika suka)
-4-5 sudu ikan bilis(tumbuk kasar)
-garam
-1 helai daun kunyit muda(yang masih bergulung lagi best)
Masukkan rebung, santan, bawang, cili dan daun kunyit. Masak dengan api sederhana. Kacau sentiasa agar santannya tidak pecah. Rasakan garam sebelum matikan api.
Ni cara saya,cara orang lain masak pasti lain kan? Mak memang masak sayur bersantan tak guna bawang putih, tak tumis terlebih dahulu. Maka jangan tanya kenapa LM tak guna bawang putih ? Kenapa tak tumis?
Takmo cakap apa dah.. Memang dah lama mencari rebung segar ni. Dulu masa belajar kat jengka selalu beli gulai udang campur rebung. Tapi terbiar begitu saja tak dapat nak makan sebab rebungnya dah masam. Mencucuk-cucuk lubang hidung ni, tak biasa makan rebung masam buat diri ni kerugian beberapa kali beli lauk campur sayur rebung masam tapi tak dapat makan. huhu
2 Comments
kalau pasal rebung, teringat kt abah..hehe..feberet die rebung ni.di kampung senang cari ;)
ReplyDeleteHahaha! Saya pun kalau tengok masak rebung, terkebil-kebil LM. Memang tak pernah makan!
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.