IKAN KELI MASAK LOMAK CILI PADI

 Assalamualaikum


Alhamdulillah siap dah masak menu lunch harini. Harini lambat mula memasak, selepas 2 hero kecil tu naik bas ke sekolah pukul 12 tengah hari barulah mula memasak. 


Itu pun masak sambil bervideo call dengan bonda. Sidai baju sebakul trip kedua yang terlupa nak sidai, handphone letak tepi dinding. Borak tetap borak. Sambung masuk rumah memasak handphone letak tepi sinki. Haha. Apa yang penting setiap hari kami borak bertanya khabar, nak mencari masa lapang memang tak call la jawabnya nanti.


Resepi cara LM masak ni tak susah pun. Main campak campak saja segala bahan. Kacau sampai kuah masak cantik then siap!


Bahan:

6 ekor ikan keli Salai yang dipotong 2.

1 mug santan pekat

3 ruas jari kunyit hidup *kisar

9 biji cili api kampung (ikut selera) *kisar

3 batang serai- dititik

1 keping Asam gelugur/Asam keping. 

Garam secukupnya. 


Masukkan bahan kisar, serai dan Asam gelugur. Masak dengan apit perlahan hingga kuah mendidih. Masukkan ikan Salai dan sentiasa kacau kuah supaya tidak meruap, masukkan garam dan jika guna perasan boleh masukkan perasa. Bila ikan dah masak sempurna boleh angkat dan hidangkan. Siap


Dapur sebelah lagi LM masak sayur bayam masak air. Mudah saja rebus air dan bawang serta bilis sampai mendidih, masukkan sayur dan perasaan garam. 


Tambah pula dengan telur dadar, serta buat sedikit sambal tempoyak. Alhamdulillah, selesai. 


Bila tugasan wajib selesai lega. Tak la wajib masak, tapi kalau beli kerap pun kadang tak kena dengan selera anak dan diri sendiri. Maka, lebih baik masak simple janji menepati selera sendiri. Alhamdulillah. 



Post a Comment

2 Comments

Puan Hazel said…
Sedap tu...
PH pun prefer masak sendiri, sekali sekala makan di luar bolehlah
Mama Zharfan said…
Sedapnyaaa🤤🤤🤤