FRIES HOMEMADE

 Assalamualaikum.

Hari Isnin mood buat bento lari entah ke mana. Maka, LM cuma buatkan burger saja untuk bekal anak- anak ke KAFA dan gorengkan fries homemade untuk mereka.


Untuk si adik dia nak tabur rempah cajun. Untuk si abang tak ada tabur apa pun. Tak letak apa apa pun dah okey rasa dia, sebab LM guna tepung brand Bestari untuk salute luar kentang tu. 

Caranya:

Beberapa biji kentang. Cuci bersih kulitnya dan potong memanjang. Rebus sekejap 3/4 masak. Cucuk dengan pisau atau garfu setelah boleh cucuk lebih dari setengah boleh angkat dan toskan air. Terus salute dengan tepung kesukaan. Tepung gandum+ tepung jagung +lada hitam dan garam pun boleh.


Selepas salute boleh terus goreng. 


Proses membuat wedges pun sama. Cuma dipotong bentuk baji. 


Anak-anak kecil berdua ni suka makan kentang. Kalau beli sekilo fries tu sekejap saja habis. Kalau rajin buat memang LM buat sendiri, kalau malas beli la juga. Hehe


Post a Comment

4 Comments

  1. bagus nya LM...linda pn banyak kali nak cuba, tapi kerajinan tu tak sampai2.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Berselera anak2 makan bekal ni LM.

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi buat fries sendiri...ubi kentang yg kat rumah ni selalunya abahnya beli yg come2 lote je.

    ReplyDelete
  4. bagusnya! home made is always the best choice

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com