PASAR

 

Assalamualaikum

Seminggu sekali  kami wajib ke pasar beli barang basah. Nak sembelih ayam buat stok lauk kegemaran anak - anak. Mencari ikan dan serba sedikit barang basah. 


Setakat ni LM  dan incek. Abang memang ke pasar Pudu untuk beli ikan dan ayam sebab di sini boleh sembelih ayam sendiri. Sementara tunggu ayam mati dan mereka proses, kami beli ikan dulu. Lepas tu baru ambil ayam. 


Ikan di sini walau saiz kecil pekerja memang tolong siangkan buang perut dan sisik. Alhamdulillah sangat memudahkan. Walau  perumahan  LM bersebelahan dengan Pasar Borong tapi jarang sangat ke sana sebab ikan dah tak elok dan harga jauh lebih mahal. Ikan saiz kecil memang pekerja di pasar borong tak layan la nak bantu siangkan. 

Bila ke pasar, lama la sikit masa di dapur. Perlu cuci dan prep bahan mentah ikut portion sekali memasak. Susun elok elok dalam deep freezer agar mudah nak masak nanti. 

Lepas berehat sekejap terus LM sambung memasak untuk lunch pula. Alhamdulillah ada Acha yang cuti sekolah, tak la letih sangat. Lagi lagi kaki kiri LM cedera akibat tersepak mesin kisar ais semasa di kampung tempoh hari. Jalan terhincut hincut memang lambat segala urusan


Korang dah lunch ke tu? Menu apa harini


Post a Comment

0 Comments