REVIEW BRACES

 Assalamualaikum.


Alhamdulillah selesai dah review braces untuk bulan January ni. Kadang tu dah nak habis bulan masih tak sempat nak jumpa doktor. Pejam celik rupanya dah hampir 2 tahun LM pakai braces. Kalau semuanya okey Ogos atau September ni boleh buka kot? Kalau ikut jadual la. Sebab pasang Ogos 2023, pernah terskip 1 bulan review. Kalau dapat buka awal lagi baik.


Bila gigi dah okey kedudukannya, dah beberapa bulan ni memang kena pakai power chain untuk bagi dia maintain tak gerak. Setiap batang gigi diikat pada bracket tu pada mulanya terasa lain macam juga berdenyut tu tapi bila dah banyak bulan ni tak terasa apa sangat. 



Biasa LM pilih power chain warna lutsinar atau silver tapi bila dah lama pakai dia bertukar warna jadi kuning sebab kita banyak makan kari dan kunyit kot? Teh tarik bagai tu. Maka bulan lepas LM pakai hijau, bulan ni pakai purple.

Gigi LM tak elok, bersepah kedudukan gigi  taring tumbuh ke arah dalam jadi penyebab kerap tergigit tengah lidah bila makan terpaksa lah pakai braces walau dah tua. Luka di lidah kadang tu sampai 2 minggu baru pulih. Huhu

Alhamdulillah dah hampir selesai journey pakai braces jenis self ligating ni. Semoga berbaloi la pengorbanan ni. Ramai kawan usia 43 tahun dah gugur gigi, risau gak tau... Kita ni gigih susun gigi tak selesai lagi pada usia 43 tahun. 


Post a Comment

0 Comments