Hi, Salam Isnin. Popiah sayur adalah salah satu makanan kegemaran saya. tapi, zaman sekarang ni susah juga nak cari popiah yang sedap dan menepati citarasa tekak sendiri kerana bila beli dapat terlalu sedikit sayur di dalamnya. Malah popiah juga dah ada yang diisi carbonara. bagi pencinta carbonara pasti seronok dapat isi tersebut namun bukan saya . saya lebih suka popiah sayur dan makan bersama sos merah yang dibuat sendiri gabungan cili kisar, garam gula dan bawang putih(ikut tekak sendiri)
Biasanya saya akan beli kulit popiah yang ada 50 keping. jika 40 keping tu terlalu besar. saya nak buat saiz biasa saja.
Sayur:
kobis dihiris nipis
carrot hiris atau sagat
sedikit kacang panjang
sedikit tauge
jika suka sayur lain boleh tambah.
cincang bawang putih 4-5 ulas, tumis dengan sedikit minyak. masukkan telur sebiji dan masukkan sayur. perasakan dengan garam. gaul sekejap dan angkat sejukkan. saring air sayur biar kering semasa proses menggulung
saya suka sayur yang ditumis sebentar agar lebih sedap dimakan. Kalau tak suka sayur yang ditumis boleh skip proses ni.
kulit popiah tu kita gam dengan menggunakan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air. sapukan sedikit dihujung kulit agar tidak terbuka.
dah gulung boleh terus goreng atau boleh juga difrozenkan.
sos: sos merah ni saya cuma kisar cili kering dengan sedikit bawang putih. masak tanpa minyak. letak sedikit garam dan gula untuk seimbangkan rasa. jika suka boleh letak sedikit sos cili. dah pekat kuahnya boleh diangkat dan hidang.
selamat mencuba.
11 Comments
SA teringin nak buat popia udang, letak udang sekor2 dalam tu...
ReplyDeleteWalaupun skrg dah ada bermacam jenis popiah (big mac la, carbonara laa) tetap popiah sayur yg klasik ni jugak paling best!
ReplyDeleteBtw salam kenal n follow :D
sedap tu popia...buat sendiri puas mkn
ReplyDeletebetul tu LM kat luar sllunya mesti ssh nak menepati tekak kita.. tu yg kena buat sendiri tu..
ReplyDeletesedapppp
ReplyDeletePagi tadi baru beli popia yang bersira. Punya la gemuk tapi bila makan berangin, isi tak penuh. Alhamdulillah sedap.
ReplyDeleteSaya memperhatikan fotonya, Mbak.
ReplyDeleteBarangkali kalau disini popiah itu semacam keroket atau risol.
Selamat menikmati popiah ya Mbak.
Salam,
Sekarang ni dah macam2 inti popia carbonara, crabstick, pisang, yang terbaru tu popia big mac.
ReplyDeleteTak tahu la skrg ni makin mengarut inti dlm popia yg org jual 😂 hahaha.. . nak beli pun rasa lain jer huhuu...
ReplyDeletealways my fav!! kebetulan ada vege springroll (vege) ni kat buffet bf spread kat hotel hanoi tu
ReplyDeletePopia sayur garing ni memang layan! Rangup di luar, inti sayur penuh rasa… cicah pulak dengan sos,
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.