ROTI BAKAR COKLAT BERKEJU


Assalamualaikum. Suka roti bakar? tapi jika korang penggemar coklat dan keju wajib buat roti bakar yang ni. mudah, sedap dan mengasyikkan. Roti bakar coklat berkeju ni kalau makan memang tak mahu kongsi. hehe

Caranya mudah saja.
1. sapu roti dengan butter. jika korang suka marjerin boleh pakai marjerin.
2. letak atas pan pembakar. saya guna pan grill yang ada jalur jalur tu. 
3. tabur coklat urai dan keju. 
4. tutup atasnya dengan sekeping lagi roti yang dah disapu butter. 
5. tekan sedikit agar dia tertaut melekat(bila keju mencair dia akan melekat) jatuh hati keduanya. Eh!
6. terbalikkan roti agar garing bahagian atas dan bawah.
7. boleh dipotong dan siap untuk dimakan. 


selamat mencuba gais. 

kalau ada keju mozarella guna yang tu tau. saya ada stok cheddar ni ni. tu pun dah umphh sangat. 

saya suka sagat keju sendiri. lebih halus dan cantik banding beli dah siap parut. ikut citarasa korang la. hehe

nota kaki: buat untuk minum petang dengan kopi kosong mantap ni

 

Post a Comment

5 Comments

  1. meriah menu taburan coklat dan keju, mesti sedap ni kesukaan anak-anak LM :)

    ReplyDelete
  2. hahha...tersenyum2 kita baca step no. 5 tu

    ReplyDelete
  3. wahhhh nk tiru resepi ❤❤❤

    ReplyDelete
  4. Sedap jugak ni boleh la try nanti.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.