KACANG GORENG SALUT TEPUNG


Assalamualaikum. Kudapan kalau sedap memang tak mau berhenti mengunyah. Salah satu kudapan yang saya suka buat adalah kacang tanah goreng bersalut tepung begini. Manis,  rangup dan boleh adjust masin pedasnya juga. 

Kalau musim perayaan beli kacang ni agak mahal juga sekilo. Jika rajin buat saja lebih baik.Kita tahu sukatan gula garamnya dan kebersihan minyaknya. Betul?

Saya buat versi mudah saja.
1. cuci kacang tanah dan toskan. 

2. sekilo kacang tanah tu saya beli rm6.80. saya masukkan 3 -4biji telur, 1/2 cawan  gula pasir(ikut tahap manis yang awak mahu) jika tak suka manis tak usah letak gula. gaul kacang dengan keduanya. Lepas tu salut pula dengan k\tepung bestari hot and spicy dan tepung beras. saya buat 2/3 tepung bestari, 1/3 lagi tepung beras. Terserah pada citara kalian. Kalau nak tepung tak pedas pun boleh. 

Goreng dengan api sederhana. jangan besar sangat apinya. dah sejuk baru makan tau. jangan makan time panas nanti korang ingat masih belum garing dan goreng semula. Last last hangus pahit pula.

nota kaki: nak spm kena ada banyak kudapan kan?

Post a Comment

7 Comments

  1. waaa pandainya LM buat...saya tak pernah terfikir benda ni boleh buat sendiri hahah sebab memang selalu beli ajer

    ReplyDelete
  2. Arwah Mak dulu memang suka buat kacang salut ni LM..SA nak cuba buat la nanti...

    ReplyDelete
  3. Memang tak boleh stop mengunyah ni.

    ReplyDelete
  4. Selalu beli dah peket aje.
    Bolehlah cuba buat sendiri.

    ReplyDelete
  5. Sedap..bila dah bukak balang kacang niii memang tangan tak berenti laaa nk sumbat dalam mulut kunyah kacang ni

    ReplyDelete
  6. Ni boleh makan cicipan kala petang hari..

    ReplyDelete
  7. Saya sebutnya kacang telur. Fav sangat. Tp tuhlaah tak pernah buat sendiri 😅😅. Mama dulu yg rajin buat ini. Pasti ada tiap lebaran

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.