LIMAU BALI SUNKIST


hi, Salam Sabtu semua. Limau bali ke limau sunkist? ehh nama dia memang limau bali sunkish. Saiz macam limau sunkist tapi rasa dan rupa isi dia macam limau bali cuma dia lebih manis dari limau bali, isi dia lebih halus dari limau bali. Isi dia lebih halus macam limau sunkist.

Pokok ni saya tanam dalam pasu saja. Letak tepi rumah terbiar tanpa belaian kasih sayang yang cukup, ala-ala anak tiri yang dijaga oleh mak tiri yang membenci madunya, Eh!

Bila tak diberi kasih sayang, dia tak la berbuah sentiasa dan tak berbuah lebat. Kadang tu dia berbuah 4-5 biji saja, hehe

Walau tanpa kasih sayang tak berbaja, saya siram la juga setiap hari pokok ni. Alhamdulillah buahnya berjuicy dan sedap manis. Bila saya perhatikan, selain limau bali sunkist ni, saya ada dua pokok limau purut, sepokok limau kasturi biasa dan sepokok limau purut batik. pelbagai jenis daun limau ada, kalau nak mandi limau wangikan tiak mucuk masham memang tak jadi masalah. hahahaha

Post a Comment

6 Comments

  1. Banyak kegunaan daun limau ni..apatah lagi laimu purut..

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang pokok yang tumbuh sendiri, tak berjaga.. elok je subur berbuah kambing pun tak usik.. tapi yang kita tanam yang tulah kambing nak kacau hehehe

    ReplyDelete
  3. Jaga ala kadarpun pokok bali sunkist itu hidup dan berbuah.
    Wah macam manalah rupa limau purut batik?

    ReplyDelete
  4. Kacukan kot limau tu 😄

    ReplyDelete
  5. Pernah nampak pokok dan buah ni tapi belum pernah rasa. Kalau manis, sedaplah.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.