Mangga kelapa? ye pokok mangga ni bukan mangga epal. Buahnya besar hampir menyamai saiz buah kelapa gading, isinya tebal dan baunya wangi. Kalau sebiji tu isinya sepinggan besar. Memang berbaloi.
Kulitnya berwarna hijau kemerahan, menarik perhatian mata yang memandang. Buahnya tak banyak kerana pokoknya masih kecil. Tak dibelai dengan kasih sayang, baju pun tidak, haha, maka jangan komplen nak suruh berbuah lebat. Buahnya kerap hilang, bila buah tak banyak kita tau la buah diambil orang.
Mana yang sopan mereka tekan bell dan minta cara baik, isteri mengandung bla bla bla. Tapi, ni bukan mangga epal. Masam ooo masa muda. Ikut la korang kalau nak makan ambil je la. hihi. Kalau tekak saya, saya suka mangga chokanan dimakan muda, sedap berlemak dan rapuh.
Oleh kerana buahnya di luar pagar, tak sempat jolok orang lain dah ambil, jarang la merasa hasilnya.
Intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan.
Sementara belum orang lain petik, saya snap la gambar sebagai kenangan. Suka melihat warna kulitnya. Dapat tengok kulit pun dah happy, kalau dapat hasil lagi happy kan? alhamdulillah semalam dapat merasa sebiji. gugur sendiri. Alhamdulillah masak ranum. sedap manis buahnya.
2 Comments
Ramai peminat tu sebab tu tak sempat tuan rumah dapat. Ni dapat sebiji ni alhamdulillah lah kan
ReplyDeleteSedapnya buat nyicah ni...masam pun xpe asalkan kurukk krakkk bila gigit dan kunyah
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.