Cempedak Goreng


Petang-Petang, Menikmati Cempedak Goreng Memang Syok

Ada petang yang tak perlukan kopi mahal atau kek fancy.
Cukup cempedak goreng panas-panas, terus rasa bahagia sederhana.

Bunyi “krup krap” tepung rangup,
bau cempedak semerbak satu rumah,
makan pula masa hujan renyai atau angin petang…
memang susah nak tolak dan kata 'tidak'.

Tak perlu banyak alasan,
kadang kita cuma nak rehat sekejap dari dunia
sambil kunyah cempedak goreng dengan senyuman kecil.


Alhamdulillah cempedak ni kakPah(kak ipar saya) bagi. Suaminya Abang Roy memang ada tanam pelbagai jenis buah. Kalau balik kampung banyak la kakpah bagi untuk kami angkut bawa balik, hehe.

Cempedak yang kakpah bagi ni isi padat, dah la tebal isinya. Berbaloi la kalau goreng sebiji pun dapat 2 pinggan hasil gorengan.

cempedak yang kakipar bagi ada baki sebiji lagi yang dah mula berbau(masak). Abang ipar pun ada bagi cempedak beberapa biji tapi kami petik dari pokok. Beberapa hari lagi masak la tu, insyaAllah. 

Cempedak ni kira buah kayangan juga. Kadang harganya sekilo RM8-RM12 mengikut jenis dan musim.

Kalau tepung goreng tu saya tak suka guna/ rasa tepung segera. SAya bancuh sendiri main curah curah je. Style mak mak kita la, hehe.

Anggaran sukatan saya

1 senduk tepung jagung
1 senduk tepung gandum
2 senduk tepung beras
1 sudu besar air kapur
garam secukup rasa
pewarna kuning sikit
1 sudu besar marjerin(biar rangup rapuh)

campur semua bahan adun dengan air sejuk dari peti sejuk/ coway. Jangan cair sangat. Celup cempedak dan goreng sampai garing. 

kalau suka serdak lepas masukkan cempedak tu korang tuang la tepung tu dalam kuali guna sudu . dapat la serdak tepung rangup tu banyak sikit


Siapa yang kalau nampak cempedak goreng,
niat nak diet esoklah kita sambung? šŸ˜„


Post a Comment

6 Comments

  1. Kalau beli bukan main mahal lagi harganya sekarang

    ReplyDelete
  2. Yummy! Mrs. A pun suka sangat cempedak goreng. Kalau beli yang dah siap goreng tak puas. Beli sebiji mentah goreng sendiri lagi puas makan cempedak goreng tu

    ReplyDelete
  3. Betul harga kayangan sangat kat Lipis ni sekilo RM9-10. Yang dah digoreng RM1-1.50 seulas.

    ReplyDelete
  4. ada masa-masa nya harga murah dan ada masa mahal cemoedak ni...SA suka tapi x leh makan..angin...

    ReplyDelete
  5. Kalau goreng sendiri memang puas hati

    ReplyDelete
  6. Hahaha diet memang ke laut dalam le bila nampak cempedak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.