ZIARAH IBU ANGKAT

Assalamualaikum. Cuti sekolah paling best adalah balik kampung kan? Alhamdulillah selesai projek jalan-jalan cari makan ke Thailand, kami terus sepakat nak balik kampung jenguk keramat hati ibu ayah yang dirindui. Tapi sebelum ke Bumi Johor kami ke Bumi Melaka dulu ziarah ibu angkat saya , kami kenal sejak zaman sekolah semasa projek anak angkat polis pada tahun 1997, Di Kem Bakri, Muar.


 Call ibu pagi sebelum kemas pakaian. Siap pesan jangan susah-susah, tak payah masak. Kami tak tau akan sampai pukul berapa di sana. Tapi, seorang ibu ni mana lah boleh duduk diam menanti macam tu saja. Dia start enjin kereta terus pergi beli pisang. Semasa kami sampai pisang goreng dia panas panas tau korang!

Nasi putih
sayur urap pegaga
sayur tumis kobis+carrot dan udang
ikan cencaru bakar+ sambal kicap
kari ayam+kentang
roti jala
pisang tanduk goreng(masih panas)
air oren

yang beriya start enjin kereta pecut gi beli pisang tu seorang ibu berusia 74 tahun ye korang. Kalau usia 50 atau 60 tahun saya tak la rasa cam urut dada. Aduhai ibu!! 

teruja betul dia bila dengar kami nak datang lawat dia. 

Sejak sebulan dua ni setiap minggu dia call tanya bila nak datang lawat dia. Tak sabar nak jumpa katanya sebab terlalu rindu . Biasanya kami lawat dia pada aidil fitri setiap tahun.Jumpa setahun sekali, itu saja yang mampu asbab jarak dan kekangan masa.





 antara gambar kenangan saya dengan ibu

saat nak balik peluk cium takmo lepas dengan air mata tu perkara wajib sejak usia saya 16 tahun . sama saja . Kasih sayang ibu tak pernah berubah

Abaikan balang kuih bangkit santan dalam pelukan saya tu ye korang. Kuih kesukaan saya wajiblah ibu bagi saya bawa balik. Alhamdulillah  lewat petang kami sampai ke rumah mak dan ayah saya pula. Balik sekejap pun dah syukur sangat dapat jumpa keramat hati. Alhamdulillah. Ni balik ke rumah nanti kalut buat persiapan naik sekolah la pula. Kasut baju buku satu apa tak beli lagi, huhu

Post a Comment

7 Comments

  1. Ni buat kita sentap sekejap..adui..begitu ikhlas ibu angkat kan..sayang nay tak pernah padam kan..Ya Allah sejuk mata kita memandang ..jalinan kasih dan sayang ni..

    ReplyDelete
  2. taching nya entry ni....suci tulus sgt kasih syg seorang ibu wpun hanya ibu angkat

    ReplyDelete
  3. sedih pulak tengok gambar last tu.. semoga ibu sentiasa dalam keadaan yg sihat

    ReplyDelete
  4. Agaknya rindu sangat tu sampaikan berulang talipon. Melaka kat mana ni. Bestnya dapat kuih bangkit santan. Kasih sayang ibu angkat yang tidak ternilai.

    ReplyDelete
  5. Kasih seorang ibu. Saya sudah tak merasa. Dulu masa arwah mama masih ada, memang tak pernah meja makan tidak dipenuhi lauk waktu kami balik. Syukur Alhamdulillah, tumpang seronok tengok Lydia balik jumpa orang tua.

    ReplyDelete
  6. Saya bacanya ikut terharu kak 🥹🥹. Dan kagum, Krn di usia kepala 7 ibu msh kuat bawa mobil. Hebaaat 👍👍👍.

    ReplyDelete
  7. Seronoknya ada ibu lagi...rindu kat mak SA...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.