KUIH SERI MUKA

 Assalamualaikum.


Malam tadi aish minta kuih seri muka. Katanya suruh buat sebelum tidur agar dia boleh makan semasa bangun sahur. Maaf ye anak, benda yang tak logik memang malas ummi nak layan. Ummi tak rajin.Mana mungkin masak seri muka pukul 11 lebih malam. Tak larat la ummi, Huhu


Maaf ye, LM ni potong kuih tak pernah cantik. Huhu

Hari ni LM tunaikan permintaan anak kecil 7 tahun ni. LM guna resepi di bawah tapi buat separuh adunan saja. 


Bahan adunan lapisan bawah:

3 cawan beras pulut susu ( rendam 1 jam) 

2 cawan santan 

Sedikit garam. 

Kukus 20 minit


Adunan lapisan atas:

1 cawan tepung gandum

11/2 cawan gula pasir (kurangkan jika tak suka manis) 

21/4 cawan santan

1/2 cawan air daun pandan

2 telur

Sikit garam

11/2 sudu besar tepung jagung

Kukus 20 minit


Kuih ni jarang sangat LM buat. Bab buat kuih kukus ni agak seram sikit. Takut kes termasuk air la, terlembik la. Bila ada permintaan baru buat. Hehe. 

Post a Comment

5 Comments

  1. Lawa seri mukanya.. Linda buat tak pernah jadi.. Kikiki

    ReplyDelete
  2. Pandai dia mintak buatkan kuih

    ReplyDelete
  3. rajinnya u buat kuih! terbaek laaaa

    ReplyDelete
  4. Saya suka kue ini karena ada dua rasa manis dan gurih,tapi belom pernah coba buat sendiri.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com