Assalamualaikum.
Malam tadi aish minta kuih seri muka. Katanya suruh buat sebelum tidur agar dia boleh makan semasa bangun sahur. Maaf ye anak, benda yang tak logik memang malas ummi nak layan. Ummi tak rajin.Mana mungkin masak seri muka pukul 11 lebih malam. Tak larat la ummi, Huhu
Hari ni LM tunaikan permintaan anak kecil 7 tahun ni. LM guna resepi di bawah tapi buat separuh adunan saja.
Bahan adunan lapisan bawah:
3 cawan beras pulut susu ( rendam 1 jam)
2 cawan santan
Sedikit garam.
Kukus 20 minit
Adunan lapisan atas:
1 cawan tepung gandum
11/2 cawan gula pasir (kurangkan jika tak suka manis)
21/4 cawan santan
1/2 cawan air daun pandan
2 telur
Sikit garam
11/2 sudu besar tepung jagung
Kukus 20 minit
Kuih ni jarang sangat LM buat. Bab buat kuih kukus ni agak seram sikit. Takut kes termasuk air la, terlembik la. Bila ada permintaan baru buat. Hehe.
5 Comments
Lawa seri mukanya.. Linda buat tak pernah jadi.. Kikiki
ReplyDeletePandai dia mintak buatkan kuih
ReplyDeleterajinnya u buat kuih! terbaek laaaa
ReplyDeletecantik kejadian kuih seri muka ni
ReplyDeleteSaya suka kue ini karena ada dua rasa manis dan gurih,tapi belom pernah coba buat sendiri.
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com